Harga rumah dan hartanah naik dan jadi mahal sebab perbankan Islam?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:113Views

Harga rumah naik sebab bank Islam?

Ini antara dakwaan sesetengah pihak terutama yang anti perbankan Islam.

Jika ia datang dari orang awam yang tak ada ilmu, saya boleh faham.

Tapi jika datang dari orang terpelajar, nampak dangkal sangat hujah ni.

Contoh yang selalunya bangsa anti bank Islam beri, rumah harga RM400,000, dijual dengan harga RM1 juta oleh bank Islam, menyebabkan harga rumah naik sebab pembeli yang beli harga RM 1 juta mesti nak jual balik yang lebih mahal.

“Jual rumah harga Yahudi!”, itulah dakwaan mereka. Tak percaya, tengok nanti di ruangan komen posting ini.

Jika ia datang dari orang awam yang tak ada ilmu, saya boleh faham.

Tapi jika datang dari orang terpelajar, nampak dangkal sangat hujah ni.

Benarkah dakwaan ini?

Jika benar, kenapa harga produk yang tidak dibeli melalui bank pun meningkat naik?

Nasi lemak, pensel, almari, katil, kasut, beg sekolah, baju, mi goreng, karipap, tiket wayang, buku, cipan dan sebagainya pun naik juga walaupun semua perkara ini dibeli melalui tunai.

Jadi, secara automatik hujah tersebut tak terpakai. Tiada sebarang bukti atau kajian. Hanya sekadar tuduhan rambang.

Rujukan Hadith

Saya kongsikan satu hadith panjang yang ada kaitan perkara ini.

Rujuk hadith panjang ini dan fokus kepada ayat yang saya highlightkan.

Dalam hadith ini menceritaka tentang sebidang tanah yang dibeli oleh sahabat baginda Rasulullah, iaitu Zubair al-Awwam dengan harga 170,000 dirham dan kemudian anakknya Abdullah bin Zubair menjual tanah tersebut selepas kematian Zubair dengan harga 1,600,000 dirham.

Berapa kali ganda tu? 9 kali ganda!

Mujurlah tak ada orang Melayu zaman tu, kalau tak sahabat tu kena tuduh jual tanah harga Yahudi!

Boleh semak hadith ini dalam kita al-Bukhari, 3129

Rujuk imej di bawah untuk lebih jelas

Rujukan penuh di sini (Hadis Bukhari)

Ini adalah bukti bahawa naik turun harga barang adalah perkara normal dan bersangkut paut dengan permintaan ekonomi.

Sebenarnya pada zaman sekarang, ada juga rumah yang tak naik-nak harganya. Contohnya di Bukit Beruntung. Ia adalah berkaitan dengan permintaan ekonomi.

Apabila permintaan memmingkat dan pengeluaran terhad, maka harga akan cepat naik.

Daripada zaman Nabi Adam, tanah di muka bumi ini sama sahaja jumahnya tapi penduduk bumi makin bertambah.

Jika nak turunkan harga, mungkin perlukan khidmat Thanos supaya kurangkan penduduk bumi.

IKLAN: Bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Gula itu halal. Tapi kalau ramai orang ambil gula dengan…