fbpx

3 Tip Mudah Tambah Baik Kewangan Anda

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 237Words
  • 395Views

Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh

 

Tak tahu nak buat apa tahun depan untuk tambah baik kewangan?

Cuba 3 tips mudah ni;

1. Mula rekod keluar masuk duit belanja.

Jangan tunggu 2020 baru nak buat. Mulakan hari ni. Tujuan merekod supaya kita boleh cari lebihan untuk simpanan. Ada rekod baru kita tahu nak potong belanja tak perlu dan berjimat kat mana.

2. Mula dengan matlamat kecil.

Matlamat nak simpan RM1,000 sebulan boleh mula dengan cari jalan berjimat RM100 sebulan dari rekod tadi. Tambah baik atau kurang kan belanja dari bulan ke bulan. Jika buat cara RM100 ni, menjelang oktober dah boleh capai matlamat ni. Itupun kalau buat.

3. Tambah pendapatan.

Kadang-kadang dah potong habis rekod belanja, dapat jimat RM300 je dari duit gaji. Masa ni kau boleh cari bisnes atau kerja part time untuk tambah lagi RM700 sebulan supaya cukup sebulan boleh simpan RM1,000.

Matlamat ni contoh sahaja.

Boleh tiru kalau memang tiada matlamat lagi.

Sebaiknya fikir betul-betul apa matlamat kita nak capai dari pengurusan kewangan ni.

Bila matlamat cukup jelas, baru kita akan cari apa sahaja jalan untuk capai matlamat tersebut.

Jangan pelik selama ni kita tak boleh nak simpan walaupun RM1, rupa-rupanya sebab kita tak jelas matlamat sebenar.

Dah ada RM1,000 sebulan tak tahu nak buat apa?

Ni kena buka tajuk hantaran lain.

Terus klik ‘SEE FIRST’ dan ‘FOLLOW’ ya supaya tidak terlepas tips kewangan gaya marhaen.

‘Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan’

#teamINFAQ

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semoga lebih baik untuk umat Islam di Malaysia. Saya sedang…