4 golongan kaya tapi tak bijak wang

Orang yang benar-benar kaya, tak perlu beli simbol-simbol kekayaan
Hanya orang yang tak berapa nak kaya tapi nak tunjukkan mereka kaya, terpaksa beli simbol-simbol kekayaan untuk tunjukkan kepada orang lain.
Dalam buku Financial Independence Retire Early (FIRE), ada 4 kategori golongan sebegitu
1. Golongan profesional dan eksekutif korporat yang memperoleh pendapatan tinggi, namun tetapi membelanjakan wang sebanyak pendapatan mereka.
Mereka habiskan wang mereka untuk beli simbol-simbol kekayaan untuk impres orang lain.
2. Usahawan yang mengeluarkan produk sendiri, dan usahawan dalam bidang networking seperti ejen atau leader takaful, unit trust, MLM, broker Forex dan lain-lain yang memperolehi komisen atau overiding yang tinggi setiap bulan.
Gaya hidup mereka sama sepertimana golongan pertama. Cuma, perbezaannya daripada segi sumber pendapatan. Tujuan mereka untuk impres orang lain menyertai bisnes mereka
3. Golongan yang mewarisi kekayaan keluarga. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendapat kemewahan dalam bentuk wang ringgit.
Mereka biasanya tidak memahami nilai wang, kerana mereka tidak perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Maka mereka membelanjakan wang seolah-olah tidak ada hari esok.
4. Selebriti berbakat dalam bidang sukan dan hiburan. Mereka mendapat nilai jutaan bukan kerana kecerdasan kewangan mereka, sebaliknya dengan bakat luar biasa mereka.
Jutaan wang dianugerahkan kepada bintang-bintang ini, namun mereka dengan mudah membelanjakannya tanpa berhemah. Sebanyak mana jumlah wang yang diterima, boleh dikatakan ramai individu kategori ini yang pengakhirannya muflis.
——
Ada mana-mana individu kategori di atas yang anda kenal?
Kredit gambar daripada page Long Ball.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran