Pengurusan kewangan konservatif, ambil pengajaran daripada surah Yusuf

  • Reading:4Minute:s
  • PostView Count:284Views

Cara pengurusan kewangan saya sangat konservatif dan tak berani ambil risiko besar.

Saya cukup terkesan dan mengambil iktibar daripada pengajaran dalam surah Yusoff. Simpan separuh “gandum-gandum” yang dituai ketika musim “subur” sebelum berhadapan dengan musim “kemarau”.

Daripada situ, berikut beberapa perkara yang saya amalkan berdasarkan kefahaman saya secara peribadi.

1. Catat setiap perkara yang dibelanjakan. Saya amalkan sejak zaman belajar dan dibawa ke zaman pekerjaan. Dahulu ketika di universiti, saya catat dalam handphone Nokia dan setiap minggu update dalam excel. Selepas pakai handphone, gunakan apps sahaja. Sekarang pakai perbankan internet, kad kredit dan e-wallet, lebih mudah ia dicatat secara automatik apabila dibelanjakan.

2. Kurangkan belanja, tambahkan dana simpanan. Lagi jimat kita berbelanja, lagi banyak kita dapat simpan. Jadi dengan kita membuat catatan setiap perbelanjaan harian, mudah untuk kita pantau sejauh mana perbelanjaan kita seiring dengan simpanan.

3. Berbelanja kurang daripada kemampuan. Jika mampu beli barang harga 1000, usahakan untuk cari yang berharga kurang daripada harga tersebut. Mungkin produk sama boleh dapat harga lebih murah apabila beli yang second hand.

4. Sebelum berhutang, pastikan dah bersedia dengan ansuran bulanan. Jika nak beli kereta dengan ansuran 500 sebulan, saya akan pastikan saya boleh membuat simpanan 500 sebulan selama setahun.

5. Sebelum berhutang juga, saya akan pastikan memiliki simpanan yang bersamaan ansuran setahun bayaran. Ia kesinambungan daripada strategi sebelum ini.

6. Perkara-perkara di atas saya amalkan untuk membeli sekecil-kecil barangan seperti pakaian, barangan elektrik, perabot hingga sebesar-besar perkara seperti membeli kereta dan membeli rumah.

7. Ketika bujang dan awal-awal kahwin dahulu saya selalu beli pakaian bundle dan beli perabot terpakai. Malah semua kereta yang saya beli daripada dahulu hingga sekarang adalah kereta second hand dan recond. Hanya sekali sahaja saya beli kereta baru iaitu Kancil 850 yang saya beli selepas grad dan sehingga sekarang saya kesali tindakan tersebut. Saya pernah tulis perkara ini.

8. Apa nak malu beli barangan sacond hand? Kalau kita beli baru pun, ia secara automatik menjadi produk second hand sehari selepas kita gunakannya.

9. Saya langgan kad kredit selepas saya mempunyai wang simpanan melebihi limit kad kredit. Lagi tinggi lagi bagus.

Tabiat-tabiat ini terbawa-bawa dalam menjalankan bisnes.

10. Saya hanya sewa pejabat selepas saya memunyai simpanan bersamaan dengan setahun bayaran sewa. Jika sewa pejabat 500 sebulan, saya pastikan ada simpanan dalam akaun syarikat sebanyak 6000 yakni bersamaan dengan sewa setahun. Deposit sewa adalah berasingan.

11. Saya hanya mengambil staf baru apabila mempunyai simpanan dalam akaun syarikat bersamaan dengan sekurang-kurangnya gaji staf itu setahun. Jika gaji staf 1,500, saya pastikan ada simpanan 18,000 dalam akaun syarikat.

12. Dalam masa sama, saya tidak berkira-kira untuk membeli buku-buku kewangan bagi menambah ilmu pengetahuan kewangan. Sebenarnya ia cara yang murah dan mudah untuk mendapat ilmu iaitu dengan cara membeli buku. Tak semestinya kena pergi kursus riban-riban untuk belajar ilmu kewangan.

13. Dalam pelaburan pula, saya hanya laburkan wang saya bersedia untuk hilang 100%. Saya lebih rela biarkan wanga di dalam Tabung Haji daripada melabur dalam perkara yang saya tak yakin.

14. Satu lagi prinsip pelaburan yang saya simpan kemas-kemas ialah “Semua pelaburan dan peluang buat duit adalah scam kecuali dibuktikan sebaliknya”. Jika ada yang promote dan tawarkan untuk saya join mana-mana pelaburan yang pelik-pelik, saya akan berikan counter-offer kepada mereka “Aku pinjam duit kau dulu, kemudian kalau untung, aku bayar la balik”. Selalunya mereka akan terdiam.

Dengan amalkan tabiat-tabiat di atas, kita akan sentiasa beringat. Setiap waktu kita akan sentiasa berjaga-jaga sebab kita tidak tahu apa akan berlaku esok hari.

Alhamdulillah, sehingga kini saya amalkan tabiat ini. Tidak kira musim “subur” atau musim “kemarau”.

Syukur kepada ALLAH yang memberi ilham kepada saya melalui Surah Yusoff. Satu-satunya surah dalam al-Quran yang bercerita tentang riwayat hidup seorang Nabi daripada kecil sehingga dewasa.

Ada hikmah besar yang ada dalam surah ini, yang saya hanya nampak aspek kecil sahaja.

Saya pernah terfikir untuk membuat penulisan buku berkaitan pengajaran kewangan yang saya belajar daripada surah Yusoff, tapi risau pula sekiranya ia melibatkan disiplin ilmu tafsir.

Tapi kalau ada pihak yang mempunyai disiplin ilmu tafsir sudi bekerjasama, mengapa tidak ia diteruskan?

Ramai ke yang berminat sekiranya ia direalisasikan?

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post
One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
"Afyan, tahun depan dijangka hyper-inflation, sesuai ke tukar cash kepada…