40 tahun takaful: Masih banyak ruang untuk pertumbuhan

  • 1Minute
  • 117Words
  • 13Views

Akta Takaful mula diperkenalkan pada tahun 1984. Pada tahun yang sama, tertubuhlah syarikat takaful pertama di negara ini, Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Kini, pada tahun 2025, industri takaful telah berkembang dengan kewujudan lebih daripada 10 syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia.

Ini bermakna, industri takaful sudah bertapak di negara kita selama lebih 40 tahun.

Namun, selepas empat dekad, kadar penembusan takaful masih belum mencapai 20 peratus.

Secara purata, pertumbuhan industri ini hanyalah sekitar 0.5 peratus setahun, satu kadar yang agak perlahan jika dibandingkan dengan potensi sebenar pasaran Muslim di Malaysia.

Angka ini memberi gambaran bahawa masih banyak ruang untuk diperbaiki, sama ada dari segi pendidikan kewangan, promosi kesedaran, atau strategi pemasaran takaful itu sendiri.

Apa pandangan anda?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Elok jangan buang masa lawan atas alasan kononnya berlaku illegal…