fbpx

Kenapa perlu downgrade faraid apabila mempromosi hibah takaful? (2)

  • 11 months ago
  • 6Minutes
  • 1073Words
  • 358Views

Semalam saya update satu posting dan teguran terhadap sebuah posting yang memburukkan faraid untuk mempromosikan hibah takaful. Rujuk di sini

Posting itu dipetik daripada sebuah screenshot Tiktok yang berbunyi.

“BANYAK BEZANYA

Kalau suami meninggalkan, tinggal harta sebanyak RM1 Juta. Bahagian balu hanyalah RM25,000 sahaja. Itulah faraid.

Kalau suami meninggal, tinggal hibah RM1 Juta untuk isteri dia. Jadi bahagian balu ialah RM1 Juta. Itulah hibah takaful.

Tak boleh dicabar dimana mahkamah.”

Kemudian datang seorang netizen komen.

” Tu kan kenyataan..

kalau memburukkan mesti ada bunyi mmburukkan.. Cth : “apa yang diharap dengan faraid kalau dpt 125,000 je dpd 1 juta. Dah la susah, lambat pulak tu baru dapat.. hmm” 🙄🙄 dah xde point nk buat content ke ?? Cari la modal lain. 😎

Daripada komen, saya dah boleh agak tentu ejen takaful. Apabila dilihat pada profile, ternyata benar dan dia pun guna screenshot yang sama untuk promote hibah takaful.

Jadi tak hairan jika dia triggered dan mula nak serang peribadi saya pula dggn teguran secara umum tersebut.

Meh sini saya huraikan kenapa posting tersebut dikatakan memburukkan faraid. Suka diingatkan bahawa faraid adalah panduan yang diturunkan oleh Allah dalam surah an-Nisa, ayat 11 yang bermaksud:

“Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati mempunyai anak.

Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya ialah ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah seperenam.

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Dalam ayat ini menerangkan tentang detail pembahagian harta pusaka dan wasiat.

Saya teringat ketika belajar ilmu faraid dahulu, guru menceritakan bahawa jarang sekali Allah menurunkan sesuatu perintah yang sebegini detail melalui ayat Quran. Biasanya arahan umum diberikan melalui ayat Quran, dan detailnya Allah sampaikan melalui Rasulullah.

Contohnya ibadah solat, Allah perintahkan secara umum di dalam Quran, tapi perinciannya melalui hadith Nabi. Begitu juga dengan ibadah haji, Allah perintahkan melalui ayat Quran dan perinciannya ditunjukkan oleh Rasulullah. Bagi tu juga ibadah-ibadah lain.

Berbalik kepada faraid tadi, ia adalah panduan dan arahan daripada Allah untuk umat Islam menguruskan harta pusaka selepas kematian.

Farid juga bukti bahawa Islam adalah cara hidup yang lengkap atau the way of life, yang memberi peduli daripada lahir sahaja manusia hingga ke meninggal dunia. Tidak ada mana-mana agama dalam dunia yang mempunyai panduan hidup sebegini rupa selain Islam.

Jadi, apabila ada ejen takaful mempromosi hibah takaful dengan mengatakan bahawa isteri akan dapat lebih banyak melalui hibah takaful, nampak memperlekehkan faraid.

Apabila saya buat search di Tiktok, ramai rupanya yang gunakan sales idea sebegini rupa. Walhal masing-masing ada peranan tersendiri dalam perancangan harta.

Walhal boleh sahaja promote hibah takaful tanpa perlu downgrade faraid. Kenapa perlu buat marketing merendah-rendahkan faraid hanya semata untuk mempromosi hibah takaful?

Kongsikan sahaja peranan hibah takaful dalam perancangan harta pusaka.

Malah istilah hibah takaful pun banyak disalah guna oleh ejen-ejen takaful.

Ada yang terus menyamakan hibah dengan takaful. Walhal, ia berbeza. Ada juga yang mendakwa hibah lebih baik dari faraid. Lebih baik dari wasiat. Hibah takaful boleh bayar hutang.

Bercampur aduk antara realiti dsn fantasi. Jika silap percaturan, akan menjadi bebanan kepada pelanggan di kemudian hari.

Justeru, cara mempromosi sebegini perlu dibendung daripada awal-awal.

1. Asal hibah, mesti takaful. Asal takaful, mesti hibah. Ini paling banyak disalah erti. Sama ada oleh ejen atau oleh pelanggan. Walhal hibah dan takaful adalah 2 perkara berbeza tapi berkaitan. Takaful adalah produk perlindungan, manakala hibah pula ada proses bagaimana pengagihan takaful dilakukan.

2. Hibah bukan takaful dan takaful bukan hibah. Hibah adalah proses pembahagian pampasan takaful selepas berlaku kematian sahaja. Kalau tak berlaku kematian, maka tidak berlaku hibah. Macam rumah dengan pintu. Jika rumah ibarat takaful, maka hibah ibarat pintu. Tapi bukan satu-satunya pintu. Rumah pun ada pintu depan dan pintu belakang, kan?

3. Selain hibah, ada banyak lagi cara pembahagian pampasan kematian takaful seperti penamaan, absolute assignment. Daripada penamaan pula, boleh jadi ia menjadi faraid. Manakala daripada absolute assignment pula boleh jadi untuk bayar hutang, waqaf dan sebagainya.

4. Hibah bermaksud hadiah. Bagi duit singgit pun dah dikira sebagai hibah. Bagi pen harga singgit dua pun boleh dikira hibah. Tak tunggu ada takaful baru nak dikira sebagai hibah.

5. Bezakan antara hibah dalam takaful dengan hibah harta. Hibah takaful termaktub dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 tapi tidak bagi hibah harta.

6. Hibah takaful untuk bayar hutang? Ini satu lagi salah faham. Kan hibah tu bermaksud hadiah? Duit yang kita dah bagi orang lain sebagai hadiah, takkan kita nak minta orang tu bayar hutang kita guna duit yang kita hibah tadi? Ini antara salah faham terbesar dalam industri takaful. Silap percaturan, memberi masalah lain di kemudian hari apabila pelanggan meninggal dunia dan meninggalkan hibah takaful, dengan harapan dapat selesaikan hutang. Baca artikel berkenaan Hibah takaful untuk bayar hutang?

7. Hibah lagi mudah daripada faraid? Hibah gantikan faraid? Sebenarnya, apabila hibah dilaksanakan, ia sudah terkeluar daripada harta pusaka maka tidak ada lagi urusan faraid di situ. Urusan hibah adalah ketika hidup manakala faraid adalah selepas kematian. Hibah terkeluar daripada faraid.

8. Tapi kena ingat, ramai yang ingat dia sudah lakukan hibah harta tapi rupa-rupanya tidak. Jika dalam dokumen wasiat ditulis “pemilik harta nak hibahkan harta selepas mati” – ia tak jadi hibah, tapi jadi wasiat. Maka ia tertakluk kepada persetujuan ahli waris faraid lain.

9. Faraid dah sempurna. Yang menjadikan faraid nampak lemah adalah sikap ketamakan manusia. Setiap portion dalam pembahagian faraid datang dengan prinsip tanggungjawab. Bahagian lelaki 2 kali ganda wanita disebabkan ia datang dengan tanggungjawab untuk menanggung ibu, kakak, adik perempuan dan anak-anak saudara. Manakala bahagian wanita pula tanpa semua tanggungjawab itu.

10. Betul ke hibah takaful tidak boleh dicabar di mahkamah? Salah. Quran dan Hadith sahaja yang tidak boleh dicabar. Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan dengan majoriti 2/3 Ahli Parlimen pun boleh dicabar, apatah lagi hibah takaful.

Setakat ini dulu, saya tambah daripada masa ke masa. Ada nak tanya atau tambah?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara kesan apabila mempromosi hibah kononnya lebih baik daripada faraid.…