80 Bungkus Keropok Sehari
Selesai 2 appoinment pagi ini, saya lepak sebentar di lokasi saya berjumpa ejen dan prospek sebelum itu, sebuah restoran.
Sambil-sambil mengemaskini FB dan lakukan beberapa kerja, tiba-tiba saya disapa oleh seorang lelaki.
Oh, penjaja keropok rupanya.
“Kgepok be?” sapa beliau dengan loghat Pantai Timur sambil menghulurkan 2 bungkusan keropok.
“Beghapo hargo ni?” tanya saya.
“Duo bukkuh sepuloh riyal”
“Acu bui duo”, kata saya sambil mengeluarkan not 20.
Terjemahan:
“Keropok, bang?” sapa beliau dengan loghat Pantai Timur sambil menghulurkan 2 bungkusan keropok.
“Berapa harga ni?” tanya saya.
“Dua bungkus RM10”
“Bagi dua bungkus”, kata saya sambil mengeluarkan not 20.
Tamat terjemahan.
Dalam babak seterusnya, saya terus translate. Letih pula buat sarikata.l begini. Hahaha
Sambil-sambil beliau cari duit tukar, saya berbasa-basi.
“Encik datang dari mana”
“Pattani”
“Dah berapa lama di sini?”
“Lebih kurang 5 bulan”
“Tak balik kampung?”
“Balik sebulan sekali. Untuk renew pasport”
Saya juga sempat berkenalan tadi. Namanya Abdullah.
Keropok mentah dibawa dari Pattani dan digoreng, dibungkus dan dijual di sini.
Di sini, beliau bersama beberapa lagi saudara-maranya dari Pattani datang untuk mencari rezeki tapi menggunakan pasport pelancong. Katanya 10 orang tinggal bersama di rumah di Batu 10, Gombak.
Di sini, beliau menaja mengikut lokasi dari kawasan Ampang hingga ke Gombak.
Sebulan sekali balik ke Pattani untuk berjumpa anak isteri. Anaknya 2 orang dan isteri sedang mengandungkan anak ketiga.
Saya juga sempat bertanya beliau pengalaman berniaga keropok.
“Saya datang sini sebab di tempat saya kerja susah. Di sana gaji saya lebih kurang RM35 sehari sebagai tukang rumah”
“Saya berniaga keropok kadangkala habis 4 plastik besar ini, kadang-kadang tak habis”, katanya sambil menunjukkan plastik besar yang dikendongnya.
“Satu plastik besar ni ada 20 bungkus keropok yang dijual 2 bungkus RM10”, sambungnya.
Saya mencongak-congak. Jika habis 1 plastik besar, jualan yang diperolehi RM100. Jika habis 4 bungkus berjumlah RM400.
Katanya, susah juga hendak habiskan jualan.
Ada yang bermurah hati beli dengan kuantiti banyak.
Ada juga yang hulurkan sumbangan tanpa mengambil keropok. Namun tak kurang juga yang halau begitu sahaja dan marah-marah.
Saya teringat waktu awal-awal menceburi bisnes takaful. Dalam tahun-tahun pertama selalu juga lakukan aktiviti begini, yang dinamakan “cold canvassing” atau terjah.
Bukan senang wooo. Hanya yang hati kental dah mula tebal sahaja sanggup lakukan. Rejection itu confirm! Close itu semacam mimpi. Baru sebut “Encik dah ada taka….”, terus kena reject. Tak sempat nak habiskan “…ful”.
Saya cuba bandingkan kerja yang saya pernah lakukan dahulu dengan apa yang Encik Abdullah lakukan. Ternyata Encik Abdullah lakukan kerja lebih komited dan bersungguh-sungguh.
Untuk menghabiskan 80 bungkus keropok sehari, beliau kerja dari pagi sampai malam. Itu pun kadangkala tak habis.
Jika ada ejen takaful yang rasa susah jadi ejen, boleh cuba jual keropok pula. Mana tahu ada rezeki di sini.
Jika Encik Abdullah orang tempatan, mungkin saya ajak beliau jadi ejen saya.
Saya sempat rakam beberapa gambar dan video, dengan keizinan beliau.
Beliau juga memohon doa dan meminta saya menyeru rakan-rakan untuk bantu bisnes beliau dan saudara-mara beliau dengan cara membeli keropok yang dijaja mereka.
Kawan-kawan,
Mereka saudara seislam kita.
Jika disapa dah berkemampuan, boleh bantu dengan cara membeli produk jajaan mereka. Jika tidak mahu, boleh tolak secara baik.
Usah sekali halau mereka. Ya, mereka datang guna pasport pelancong tapi diguna untuk berniaga adalah satu kesalahan. Tapi dua kesalahan tidak menjadikan salah satunya menjadi betul.
Saya lebih suka membantu penjaja sebegini berbanding peminta sedekah yang sihat tubuh badan.
Muhasabah juga untuk kita semua, yang selalu bersungut di bumi sendiri. Ketika anak muda kita merungut tidak ada kerja, mereka mencipta pekerjaan.
Mereka juga saudara seislam kita. Selari dengan kempen BMF yang kita sedang jalankan, walaupun logo halalnya bukan logo Halal JAKIM.
Jika nak tempah keropok, boleh hubungi nombor telefon pada gambar yang saya kongsikan ini. Nak tolong jualkan keropok pun boleh.
Jika berminat jadi ejen takaful pula, boleh PM saya. Rujuk gambar dibawah.
Baca sampai habis? Minta tolong sikit;
1. Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
– Telegram t.me/AfyanIFP
– YouTube.com/c/AfyanIFP
– Instagram.com/Afyan.IFP
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran