Benarkah Wang Punca Segala Kejahatan

Dipetik dari FB Norajian Kamarudin

Benarkah wang punca segala kejahatan.

Ini lah yang sering dimomok kan kepada kita.

Malah sedari dulu lagi selalu ditunjukkan kepada kita betapa jahatnya orang-orang yang mempunyai wang atau lebih tepat lagi ialah orang kaya.

Sering ditayangkan cerita-cerita di TV, radio, Filem, novel dan sebagainya mengenai kejahatan orang kaya.

Suami isteri bergaduh, anak-anak orang kaya berebut harta, dengki mendengki, kaki perempuan, clubbing dan sebagainya.

Ini menjadikan kita sangat negatif dengan wang.

Tetapi, setiap hari kita keluar berkerja mencari wang.

Mungkin itulah sebabnya kadang-kadang kita susah hendak berjaya.

Kita mengejarnya (wang), tetapi kita memandang negatif kepadanya.

Apa kata sekarang kita suka dan cinta kepada wang.

Kerana dengan wang, banyak kebaikan yang boleh kita lakukan.

Malah sahabat-sahabat Rasulullah swt dulu juga kebanyakannya kaya dan jutawan.
Cuma mereka memilih untuk hidup biasa dan sederhana.

Jadi fikrkan lah kerana perut yang lapar juga boleh menjadi penyebab kepada kejahatan.

Norajian Kamarudin
INFAQ Consultancy
Comprehensive Medical PLAN

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com