fbpx

Berapa Nilai Harta Pusaka Anda?

  • 16 years ago
  • 4Minutes
  • 742Words
  • 599Views

“Berapakah jumlah perlindungan yang perlu saya ambil?” tanya seorang prospek kepada saya.

“Sekurang-kurangnya lapan kali ganda gaji tahunan encik ”, kata saya.

“Mmmm…. Kalau begitu maknanya saya perlu ambil perlindungan sebanyak RM 500 ribu lah?”, tanyanya sambil membuat kira-kira.

“Nampaknya begitulah”, kata saya sambil membahagikan jumlah 500 ribu tersebut dengan 8 dan dibahagi dengan 12 untuk mendapat tahu anggaran pendapatannya sebulan.

Jumlah 8 kali ganda ini adalah jumlah minimum untuk menghadapi situasi paling buruk di dalam kehidupan, iaitu kematian.

Kenapa 8 kali ganda?

Jumlah ini adalah berdasarkan hukum faraid di dalam Islam yang menetapkan bahawa harta-harta si mati akan dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli waris. Apabila kematian suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak lelaki dan perempuan, maka si isteri hanya berhak 1/8 daripada jumlah harta tadi.

Maka perlindungan sebanyak 8 kali ganda tadi memungkinkan si isteri mendapat pampasan yang bersamaan dengan jumlah gaji suaminya setahun. Pampasan ini tidak dapat menggantikan kewujudan si suami, tetapi sekurang-kurangnya dapat memastikan isteri dan anak-anak si mati tidak perlu mengubah cara hidup mereka secara mendadak, berpindah ke rumah yang lebih kecil, menukar kereta buruk, mengubah menu masakan harian, mengurangkan wang belanja untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun.

Sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, dengan wang pampasan tersebut si isteri dapatlah berdikit-dikit mengubah cara hidup keluarga mereka secara beransur-ansur.

Formula “satu per lapan” ini adalah salah satu cara pengiraan jumlah perlindungan.

Ia berdasarkan firman Allah di dalam ayat 240, Surah al-Baqarah, yang bermaksud:

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sebenarnya ayat al-Quran di atas telah dimansuhkan dengan hukum faraid, namun inti pati nasihat Allah kepada para suami untuk menyediakan nafkah setahun kepada isteri sebelum meninggal dunia.

Di sini sedikit sebanyak ilmu tentang faraid dapat diaplikasi dalam menyediakan jumlah perlindungan minimum apabila membuat keputusan mengambil polisi takaful.

Mungkin nilai RM 100,000.00 dilihat banyak sekiranya kita memilikinya secara total. Sekiranya jumlah ini adalah harta pusaka yang ditinggalkan oleh seorang suami kepada isteri dan anak-anaknya, maka isterinya hanya berhak mendapat 1/8 sahaja daripada jumlah berkenaan. Jumlahnya hanya RM 12,500 sahaja. Jika ia digunakan untuk perbelanjaan sebanyak RM 2000.00 sebulan (sebenarnya ia masih sedikit jika dibandingkan dengan kos sara hidup hari ini), hanya mampu menampung setengah tahun sahaja.

Faraid: Ilmu yang semakin dilupakan

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah r.a.; “Wahai Abu Hurairah! Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Dia akan dilupakan dan dia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku”. (Riwayat Ibu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Kali pertama saya pelajari ilmu faraid ini kira-kira 6 -7 tahun lalu apabila ia menjadi salah satu subjek wajib pelajar Kullyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM. Ketika itu, saya hanya memperlajarinya lebih kepada exam-oriented.

Maka ia menjadi sekadar ilmu dan teori sahaja…

Sehinggalah saya menceburi bidang takaful, barulah saya ketahui praktikaliti ilmu ini di dalam masyarakat. (Siapa kata dengan muenjadi wakil takaful tidak dapat praktikkan ilmu undang-undang yang dipelajari di kampus dahulu?)

Takaful: Penambah Nilai Harta Pusaka.


Apabila seseorang membeli sebuah rumah, selalunya memakan masa sehingga 20-30 tahun untuk memilikinya. Sebuah rumah teres yang berharga RM 50,000 pada 20 tahun yang di Kuala Lumpur, sekarang sudah bernilai RM 200,000.000.

Andai kata pemilik rumah tersebut meninggal dunia, maka rumah tersebut menjadi sebahagian daripada harta pusaka dan perlu difaraidkan. Bagaimanakah rumah bernilai RM 200,000.00 tersebut dibahagikan 1/8 kepada isteri si mati?

Rumah tersebut perlu dibelah lapan? Tidak logik sama sekali.

Sekiranya si isteri ingin memiliki rumah tersebut, dia perlulah mendapat persetujuan dengan semua ahli waris, dan mungkin dia terpaksa menyediakan 7/8 daripada nilai RM 200,000 tersebut untuk dibayar kepada ahli waris, iaitu kira-kira RM 175,000.00!

Membahagikan sebuah rumah berharga RM 200,000 lebih sukar daripada membahagikan wang tunai RM 200,000.

Justeru, di sinilah peranan takaful untuk menyediakan nilai tunai kepada seseorang apabila berlaku kematian. Berbanding dengan situasi tadi, apabila si suami meninggal dunia meninggalkan wang pampasan takaful RM 200,000.00 lebih mudah dibahagi-bahagikan kepada ahli waris.

Malah, untuk mendapatkan perlindungan takaful kematian yang bernilai RM 200,000 jauh lebih mudah untuk memiliki rumah dengan nilai yang sama, atau mengumpul wang tunai RM 200,000.

Serendah caruman sekitar RM 200 (bergantung kepada faktor-faktor umur, jantina dan sebagainya), nilai RM 200,000 sebagai harta pusaka terus berkuatkuasa tanpa menunggu 20-30 tahun. Tidak perlu deposit 10%, tidak perlu yuran guaman, tidak perlu memohon pembiayaan, tidak perlu….

Adakah anda memiliki RM 200,000 sekarang? Jika tidak, bukankah lebih baik andainya anda mampu meninggalkan RM 200,000 kepada waris anda?

Anda mampu lakukannya!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

7 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bagaimana Memilih "Ubat Takaful" Yang Sesuai Mengikut Kemampuan. “Afyan, awak…