Detik saya memilih untuk keluar dari Atomy

Hari ini dalam sejarah.

7 Januari 5 tahun lalu, kira-kira pada waktu beginilah saya membuat pengumuman nekad meninggalkan Atomy.

Terima kasih kepada semua yang berikan sokongan.

Apabila baca balik komen-komen lama ini, perasaan bercampur baur antara gembira, terharu, sebak dan sedih.

Gembira apabila berjaya lepaskan satu bebanan yang maha besar sejak sebulan sebelum itu selepas menonton video pengakuan Atomy Co Ltd yang menjalankan Missiniori Kristianisasi secara aktif seluruh dunia.

Terharu dan sebak apabila melihat ramai juga daripada rakan-rakan yang menyokong tindakan saya. Sungguh saya tak sangka sama sekali sambutan seumpama itu.

Sedih. Sangat sedih apabila gagal yakinkan upline dan sebahagian downline untuk berhenti seketika sementara menunggu fatwa keluar. Dan lagi sedih apabila fatwa keluar pun mereka masih teruskan biarpun fatwa MKI itu jelas melarang umat Islam terlibat dalam urusniaga dengan Atomy.

Sementara itu di dalam group-group DTA, pada ketika itu mengecam keras tindakan saya. Ia datang daripada upline, downline dan sideline di group DTA

Siapa nak tengok komen-komen mereka? Jika ramai berminat, nanti saya dedahkan

Sementara itu, boleh baca komen-komen lama ini.

Doakan saya istiqamah dan dimurahkan rezeki!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment