Medical card mampu milik bakal diperkenalkan untuk rakyat Malaysia

Berita baik untuk rakyat Malaysia!
Bank Negara Malaysia akan perkenalkan plan medical card dengan harga mampu milik yang merentas semua syarikat takaful dan insurans!
Berikut adalah beberapa ciri berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
– Produk medical card ini merentas semua syarikat takaful (dan insurans) dengan manfaat dan kadar yang seragam
– Plan medical card ini adalah stand alone, bukan rider investment-link.
– Berikut adalah jenis plan, manfaat dan anggaran sumbangan bulanan plan ini:
PLAN STANDARD
Had tahunan ialah RM100,000 setahun dan akan meningkat kepada RM150,000 setahun pada umur 60 tahun
• Umur 31 – 35 tahun
RM80 – RM120 sebulan
• Umur 61 – 65 tahun
RM280 – RM350 sebulan
• Umur lebih 75 tahun
RM500 – RM780 sebulan
– PLAN STANDARD-PLUS
Had tahunan RM300,000 dengan deduktibel
• Umur 31 – 35 tahun
RM50 – RM70 sebulan
• Umur 61 – 65 tahun
RM220 – RM280 sebulan
• Umur lebih 75 tahun
RM400 – RM660 sebulan
– Sumbangan bulanan untuk umur 30 hingga 60 tidak dinyatakan dalam dokumen berkenaan. Tapi kita boleh buat anggaran sendiri berdasarkan harga di atas.
– Bayaran sumbangan adalah secara step-up dan harga di atas hanya anggaran dan masih belum muktamad.
– Umur penyertaan hingga usia 70 tahun dan manfaat hingga umur 85 tahun
– Pengguna medical card sedia ada mempunyai pilihan untuk bertukar kepada plan baru ini, tanpa perlu underwriting dan tempoh menunggu.
Oh ya, plan ini akan bermula tahun dapan
Boleh dapatkan dokumen ini di Channel Telegram Afyan Mat Rawi, IFP. Link di komen
Apa pandangan anda?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi


