Ejen Yang Berpotensi Untuk Gagal Dengan Cemerlang

“Encik Afyan, saya berminat menyertai INFAQ Consultancy sbg ejen. Nampak macam best je join INFAQ. Boleh dapat income part time. Saya rasa saya boleh pergi jauh ni”

Selepas hadiri sesi penerangan tentang bagaimana utk memulakan bisnes, ini responnya;

“Encik Afyan, saya nak ambil exam dahulu. Nanti selepas exam saya buat bisnes”

Kemudian, selepas lulus exam;

“En Afyan, saya nak dpt kod ejen dulu, nanti dah dpt kod ejen baru saya buat bisnes betul-betul”

Selepas mendapat dpt kod ejen;

“En Afyan, saya nak buat kad bisnes dulu, nanti dah dpt kad bisnes, barulah boleh saya buat bisnes betul-betul”

Selepas dapat bisnes kad;

“En Afyan, saya nak datang training dulu, nanti dah faham semua saya buat bisnes ni betul-betul”

Selepas dah datang training

“En Afyan, saya kena susun masa dulu. Bulan ni sibuk sikit. Ada out station. Kucing saya nak beranak. Nenek saya sebelah jiran isteri kat kampung sebelah arwah datuk sebelah sepupu saya hari tu meninggal lagi. Nanti kalau ada masa free saya buat bisnes ni betul-betul. Saya memang nak buat sangat bisnes ni. Saya dah nampak saya boleh pergi jauh”

Krik, krik….
Krik, krik….

Cengkerik pun berbunyi riang….
Dan beburung pun berterbangan……

Dan dia pun memang pergi jauuuuuuuuuuuuuuh.

Ini adalah contoh skrip ejen berpotensi utk gagal dengan cemerlang.

Dalam masa 3 tahun dia boleh mendapat income sebanyak 5 figure termasuk titik perpuluhan.

Beliau bukan gagal, cuma belum berjaya.

Sesiapa yang berminat untuk buat perkara sama, mohon jangan PM untuk dapatkan pelempang.

Kalau siapa yang bukan jenis di atas, boleh isi borang disini.

Mohon sentap.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com