Kes ejen takaful didakwa seleweng wang pelanggan: Kerugian dianggarkan RM6 juta

KRONOLOGI KES PENIPUAN EJEN TAKAFUL RM6 JUTA

ULASAN AWAL:

Viral kes ini sejak semalam. Saya susun kronologi kes tersebut untuk memudahkan pemahaman.

Siapa yang follow saya lama tentu tahu bahawa banyak kali saya pesan bahawa takaful bukan untuk simpanan dan pelaburan.

Jika ya, ia adalah simpanan dan pelaburan untuk ejen. Malah saya pernah menerima ugutan saman seorang leader ejensi takaful kerana bongkar modus operandi ejennya memperdaya pelanggan.

Berikut adalah kronologi kes tersebut.

FASA 1: MENJADI PELANGGAN (2016 – 2022)

1. Tahun 2016: Mangsa (Pn Fatin Nadia Baharuddin) mula melanggan polisi takaful pendidikan anak melalui ejen yang merupakan sepupu rapat dengan bayaran awal RM50,000 untuk manfaat sebanyak RM350,000

2. Tahun 2017 – 2021: Ejen mengarahkan mangsa membuat pembayaran terus ke akaun peribadi ejen dengan alasan untuk memudahkan urusan kelulusan syarikat.

3. Ejen sengaja melengah-lengahkan pemberian resit atau polisi dengan alasan akan dikemas kini kemudian bagi menyembunyikan penyelewengan wang.

4. Ejen menukar profil emel mangsa kepada emel palsu dan memalsukan tandatangan pada borang supaya segala notifikasi gagal bayar tidak sampai kepada mangsa.

5. Atas dasar percaya, keluarga mangsa menambah sehingga 13 polisi lain melibatkan suami, adik-beradik, dan ibu bapa dengan jumlah simpanan mencecah ratusan ribu ringgit.

(UPDATE daripada komen mangsa di posting ini: No 5. Kami tambah funds. Yg kami tau, amanahkan dia utk 5 pemegang polisi. Saya, suami, 2 org anak & ibu mertua. Kami xde consent pun sampai 13 polisi!)

FASA 2: KECURIGAAN (2023 – 2024)

6. Tahun 2023: Kecurigaan bermula apabila bapa mangsa sukar mengeluarkan wang simpanan untuk urusan kahwin adik mangsa akibat pelbagai alasan teknikal daripada ejen.

7. Ejen membuat pengeluaran separa daripada wang pokok mangsa sendiri dan menyerahkannya kembali sebagai dividen untuk meyakinkan mangsa bahawa pelaburan mereka berjaya.

8. Tahun 2024: Penipuan terbongkar sepenuhnya apabila permohonan pinjaman perumahan mangsa ditolak bank kerana dokumen simpanan yang dibekalkan ejen adalah palsu.

9. Mangsa membuat semakan terus dengan pejabat pusat syarikat dan dapati kesemua 13 polisi telah luput manakala baki wang sahaja tinggal sekitar RM100 hingga RM500 sahaja.

FASA 3: PENYELEWENGAN TERBONGKAR (AWAL 2025)

10. Februari 2025: Terbongkar bahawa ejen terjebak dengan hutang Ah Long berjumlah RM400,000 kerana telah menghabiskan wang ramai mangsa-mangsa lain yang dianggarkan mencecah RM6 juta.

11. Ejen mencipta skim pelaburan rekaan Bond AIA untuk memperdaya mangsa lagi untuk mendapatkan wang segera untuk membayar hutang Ah Long.

FASA 4: PENIPUAN DEMI PENIPUAN (OGOS – SEPTEMBER 2025)

12. Ejen reka drama kononnya AIA telah memindahkan RM3.8 juta kepada akaun Affin Bank beliau tetapi kena ‘flagged’ oleh Bank Negara Malaysia kerana staf bank salah melakukan pindahan.

13. Ejen mendakwa dana tersebut perlu dipindahkan pula kepada akaun syarikat di Bank Islam (BIMB) kerana akaun peribadi tidak dapat menerima jumlah yang besar.

14. Ejen menggunakan watak rekaan bernama Haji Selamat yang didakwa sebagai Pengurus Cawangan Bank Islam Ayer Keroh untuk menguruskan transaksi dan memberi alasan kelewatan.

FASA 5: SITUASI TERKINI DAN TOTAL KERUGIAN (JUN 2025 – TERKINI)

15. Jun 2025: Ejen datang ke rumah ibu mangsa dan membuat pengakuan lisan kononnya akan memulangkan semua wang namun janji tersebut tidak ditepati.

16. Julai – September 2025: Ejen terus berlakon sakit kanser dan didakwa dimasukkan ke wad hospital bagi mengelakkan diri daripada terus dicari oleh mangsa-mangsa.

17. Tahun 2026: Kesan kerugian besar dideritai keluarga di mana bapa mangsa kehilangan RM1.2 juta duit pencen, bapa saudara kehilangan RM1.45 juta sehingga terpaksa menjual rumah, dan mangsa sendiri kerugian RM500,000.

18. Ringkasan kerugian keseluruhan bagi keluarga terdekat sahaja mencecah RM4,090,000 manakala jumlah keseluruhan mangsa-mangsa lain dianggarkan mencecah RM6,000,000.

UPDATE TERKINI DARIPADA PELANGGAN:

19 . Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Nilai. Kertas siasatan telah dibuka. Mohon pihak syarikat takaful berkenaan untuk beri kerjasama kepada PDRM.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment