Simpan, melabur atau trading emas: Jangan keliru tiga perkara ini

AWAS PANJANG: Kalau malas baca, boleh baca tulisan nombor 1 sahaja dan kemudian tengok gambar-gambar infografik yang disediakan
(1)
Ada sesetengah ejen emas kata “penyimpan” emas tidak sama dengan “pelabur”
Kata mereka, pelabur emas tengok naik turun graf harga emas macam tengok saham
Sebenarnya ada kekeliruan di situ. Pelabur pun sebanarnya tidak semestinya tengok graf naik turun harga emas.
Contoh macam pelabur unit trust, tak tengok pun graf naik turun harga.
Atau pelaburan hartanah, pun tidak tengok graf naik turun harga hartanah.
Jadi, behavior tengok graf naik turun harga bukanlah ciri untuk menentukan sesuatu itu pelaburan atau simpanan.
Tengok gambar-gambar infografik yang saya sertakan untuk memahaminya, jika malas nak baca sampai habis

(2)
Apa yang berlaku ialah kekeliruan membezakan antara istilah “pelaburan = invest” dengan “tperdagangan = trading”
Sebenarnya behavior tengok graf turun naik harga ialah behavior bagi seorang trader atau pedagang
(Sebut istilah “pedagang”, terbayang pula pedagang zaman kesultanan Melaka atau pedagang zaman Nabi. Jadi saya guna istilah trade dan trading)
Sebab itu ada istilah trader saham, trader FCPO, tarder ETF.

(3)
Saya bagi analogi mudah faham.
Kalau kita beli durian dari peraih, kemudian kita jual, maka kita adalah peniaga durian. Kita boleh dapat untung hari-hari. Atau kita terus beli direct dari pengusaha ladang durian.
Selalunya jika dari KL, kita cari durian di Bentong, Pahang. Mungkin nak kena beli dari banyak pengusaha pengusaha ladang durian.
Kita kena bergerak aktif untuk cari durian daripada peraih atau peladang untuk dapat kos paling rendah, kemudian kita cari lokasi strategik untuk buka khemah, dan jual.
Lepas beli durian di Bentong, kita pun balik KL untuk jual pula durian tadi. Jika lokasi bagus, cuaca baik, hari gaji, kita ada peluang jana keuntungan tinggi. Tapi jika hujan lebat, tengah bulan, hari cuti, keuntungan akan berkurangan.
Analogi di atas, ialah aktiviti PERDAGANGAN / TRADING

(4)
Bagaimana pula dengan aktiviti PELABURAN ?
Baca pula contoh di bawah, saya gunakan analogi DURIAN yang sama.
Kalau kita cari benih durian, kemudian kita tanam untuk dapat hasil, maka kita adalah pengusaha durian. Kalau kita buka ladang besar-besar untuk mengusahakan duri, maka kita jadi peladang.
Kerja peladang durian berbeza dengan peniaga durian. Kita akan cari bermula dari benih durian, kemudian tanam, kemudian semai, baja, siram dan jaga ladang dan tanaman sampai ia membesar dan menghasilkan buah. Ada tempoh masa tertentu untuk tanaman kita itu mendapat hasilnya.

(5)
Ok, dah boleh beza?
Yang melabur, kita panggil pelabur atau investor.
Manakala yang berdagang, kita panggil pedagang atau trader.
Kedua-dua posisi adalah penting untuk kelestarian pasaran.
Sama ada pasaran durian, atau pasaran emas, saham dll
Ada orang suka jadi pelabur. Ada orang suka jadi pedagang. Pucuk pangkal, kena ada ilmu.
Ada orang jadikan durian / saham / emas sebagai pelaburan, dan ada orang jadikan durian / saham / emas sebagai perdagangan.
Dalam pasaran durian, kena ada pengusaha durian barulah ada peniaga durian. Kalau ada pengusaha sahaja, tapi tak ada peniaga, bagaimana durian nak sampai kepada pembeli durian?
Begitu juga kalau tak ada pengusaha durian, bagaimana peniaga nak cari durian?
(6)
Nak berniaga pun kena ilmu, nak bercucuk tanam pun perlu ilmu.
Tapi ilmu berbeza. Ilmu berniaga tak sama dengan ilmu buka ladang.
Komitmen dan risiko pun berbeza-beza.
Orang yang bercucuk tanam tak perlu tunggu depan pokok untuk tengok durian berbuah. Tak macam peniaga, dia kena ada depan khemah longgokan durian untuk urusan jual beli dengan pelanggan.
Kalau peniaga tak ada dekat tempat jual durian, ada risiko durian kena curi atau pelanggan lari.
Orang yang berdagang durian, boleh keluar modal sebelah pagi untuk beli dari peraih di Bentong, kemudian balik KL jual dan dapat untung pada petangnya.
Berbeza dengan orang yang baru buka ladang durian, takkan tanam benih hari ini, nak dapat buah durian esok pagi?
Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Eh?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

