Kritik dengan adab, bukan dengan emosi

Saya bukan ahli IKRAM dan bukan juga pro-IKRAM
Tapi saya setuju dengan tulisan salah seorang ahli IKRAM ini.
Saya perasan ada rakan-rakan yang menghentam habis-habisan sehingga keluar perkataan yang tidak sepatutnya sebagai Muslim.
Kritik itu ok, tapi berhati-hati. Saya faham, ada segelintir yang memang berbulu dengan IKRAM sejak sekian lama
Ada sejarah lama persaingan segelintir ahli jemaah tertentu dengan IKRAM – JIM – IRC sejak dekad 1970-an dahulu.
Tapi ia bukan alasan untuk menghemtam mereka sebegitu rupa dan membuat tuduhan rambang
Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dah menjatuhkan hukuman adil.
Isu IKRAM ini hanyalah tip of iceberg sahaja.
Jangan terkejut jika ada NGO-NGI lain mempunyai modus operandi sebagaimana IKRAM.
Tubuhkan NGO / madrasah ➜ mohon untuk menjadi asnaf fisabilillah oleh zakat Perlis ➜ ajak ahli / orang ramai membayar zakat ke Perlis ➜ mengesyorkan pembayar zakat cadangkan NGO / madrasah untuk menerima wang zakat tersebut.
Dan untuk melakukan modus operandi di atas, ada ejen-ejen yang dilantik dan diberi upah berdasarkan kutipan zakat.
Jangan terkejut jika nanti pihak berkuasa ambil tindakan terhadap NGO dan tokoh yang kita sokong pula kerana menjalankan modus operandi yang sama dengan IKRAM
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
