fbpx

Teh Tarik Oktoberfest

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 348Words
  • 332Views

Kalau kami anjurkan OktoberFest versi patuh-Syariah begini, ada yang nak join tak?

Boleh buat anjuran INFAQ Consultancy.

Tulisan di bawah diambil dari FB Tn. Faris Addenan.

12 perkara berlaku bila kita gantikan minuman di pesta Oktoberfest dengan Teh Tarik Mamak dan Teh Ais Madu:

1. Semua lapisan masyarakat dapat sertai pesta Oktoberfest. Yang tua, yang muda, yang besar, yang kecil. Baby je tak boleh. Sebenarnya, aku pun teringin jugak nak join. Apa yang best sangat dengan Oktoberfest ni? Macam jom heboh ke?

2. Semua penganut agama boleh join. Tidak ada isu muslim/non-muslim. Tidak ada isu konvesional dan syariah compliance. Semua compliance maaaaa.

3. Tiada satu agama pun yang melarang penganutnya meminum teh tarik. Bahkan golongan atheists yang tak percaya tuhan pun minum teh tarik.

4. Kos penganjuran pasti akan menurun dengan mendadak. Mahal mana sangat pun secawan teh tarik. Unless korang beli teh tarik old town white kopi.

5. Pelancong Mat Salleh yang datang ke Malaysia lebih merindui teh tarik berbanding segelas liquor. Korang yang duduk KL dan pergi jalan-jalan di Penang mesti cari laksa penang dan pasemboq. Betul tak?

6. Memajukan industri pelancongan Malaysia. Siapalah yang kata buat Oktoberfest dengan liquor ni dapat tarik pelancong ke Malaysia?
Malaysia ni pengeluar minyak kelapa sawit, bukannya pengeksport buah anggur. Kepakaran rakyat Malaysia ialah buat teh tarik sebab minyak kelapa sawit tu antara main ingredient dalam susu pekat manis.

7. Tidak ada lagi dalam sejarah, berlaku kemalangan jalanraya disebabkan mabuk kerana minum teh tarik.

8. Begitu juga dengan rekod keganasan rumah tangga. Belum ada lagi pesalah disabitkan kerana mabuk teh tarik dan membelasah anak bini.

9. Confirm tak mabuk kalau minum teh tarik. Korang boleh minum banyak-banyak. Cuma lepas tu korang kena check sugar level secara berkala sebab takut kena diabetes.

10. Pemandu teksi dan grab tak perlu risau untuk ambil penumpang ditapak pesta. Dorang takkan muntah dalam kereta korang.

11. Penganjur tak perlu fikir nak upah satu skuadron bouncer untuk kawal keselamatan dan request backup pihak polis. Khidmat abang-abang dan kakak-kakak Rela sudah memadai untuk menjaga lalulintas.

12. Boleh buat ditempat terbuka. Apa barang pesta buat ditempat tertutup. Haha.

Faris Addenan
Teh Tarik Oktoberfest

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kesedaran takaful penyakit kritikal. Kisah di bawah diambil dari FB…