Segalanya bermula dengan sehelai kertas
Dipetik dari FB Syafiq Ashraff
Saya ingat lagi… masa mula-mula jadi ejen dulu, antara perkara paling awal yang kami belajar di INFAQ Consultancyi ialah 7 Modul Perancangan Kewangan INFAQ.
Waktu tu semuanya masih manual.
Tulis atas kertas. Lukis sendiri. Kira satu-satu depan prospek ![]()
Tapi dari situlah saya belajar satu perkara penting…
Tugas seorang ejen bukan sekadar jual produk.
Bukan semata-mata jadi “product pusher”.
Tetapi bantu orang faham kedudukan kewangan mereka sendiri.
Ada orang sebenarnya perlukan emergency fund dulu.
Ada orang undercovered tanpa sedar.
Ada juga yang dah ada takaful, tapi saving dan retirement masih belum dirancang dengan betul.
Sebab itu bila kami buat konsultansi, kami cuba pastikan:
Pelan ikut kemampuan
Perlindungan ikut keperluan
Komitmen yang boleh bertahan jangka panjang
Sebab bila bercakap tentang takaful, ia bukan komitmen 2–3 bulan.
Ia adalah perancangan jangka panjang untuk diri dan keluarga.
Antara feedback yang paling saya suka dengar daripada prospek ialah:
“Baru saya faham kenapa saya ambil takaful.”
Daripada modul atas kertas…kami upgrade ke seminar, e-seminar, e-book… dan sekarang masuk fasa baru:
Akademi Digital Perancangan Kewangan
Satu sistem yang simple. Masukkan beberapa data asas sahaja, terus boleh nampak:
• Simpanan kecemasan yang diperlukan
• Protection yang sesuai
• Dana persaraan
• Perancangan pusaka
• Dan keseluruhan financial health seseorang
Gambar pertama tu antara kenangan awal saya bentangkan modul ni secara manual ![]()
Bila tengok balik perjalanan tu, memang banyak benda dah berubah dan ditambah baik.
Dan Alhamdulillah, hari ini semuanya jadi lebih tersusun, lebih mudah difahami dan lebih menyeluruh untuk bantu masyarakat buat keputusan kewangan yang lebih baik.
InsyaAllah kami nak buka sesi konsultansi PERCUMA untuk 10 orang terawal yang nak semak semula perancangan kewangan mereka berdasarkan Modul ini.
Ada yang berminat?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

