Kenapa medical card asyik naik? 6 pemerhatian selepas lebih 20 tahun dalam industri

“Kenapa medical card asyik naik?”
Soalan itu makin kerap saya dengar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jadi saya kongsikan beberapa pemerhatian peribadi saya terhadap beberapa produk medical card di Takaful IKHLAS, berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri.
Ia mungkin tidak mewakili situasi semua syarikat takaful atau insurans kerana struktur produk dan pengurusan risiko setiap syarikat adalah berbeza.
1. Produk medical card stand alone biasanya lebih murah berbanding rider.
Tetapi apabila berlaku repricing, kenaikannya kadang-kadang lebih tinggi.
2. Pelan yang paling murah dalam sesuatu produk biasanya lebih terdedah kepada kenaikan repricing berbanding pelan yang lebih tinggi.
Walaupun datang daripada produk yang sama.
3. Pelan dengan limit tahunan yang tinggi juga selalunya lebih mudah terkesan dengan repricing.
Lebih tinggi potensi tuntutan, lebih tinggi risiko pelarasan harga pada masa depan.
4. Saya juga pernah melihat ada pelan yang mengambil masa sangat lama sebelum berlaku repricing besar.
Kebanyakannya melibatkan pelan dengan limit tahunan yang lebih rendah, tidak sampai RM1 juta limitnya.
Ada juga pelan yang 10 tahun baru mengalami repricing. Had tahunan sekitar RM200,000
5. Pelan yang mempunyai deductible atau co payment biasanya lebih stabil berbanding pelan tanpa perkongsian kos.
6. Produk medical card yang ada hari ini dilancarkan pada tahun 2020. Alhamdulillah dah nak masuk 6 tahun masih belum ada repricing.
Kerana sebahagian risiko dikongsi bersama oleh peserta.
Sebab itu pada pandangan saya, memilih medical card bukan sekadar melihat caruman paling murah.
Tetapi perlu melihat sustainability jangka panjang.
Kadang-kadang pelan yang nampak mahal hari ini sebenarnya lebih stabil untuk bertahan dalam tempoh yang panjang.
Wallahua’lam.
Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk sejak 2003
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

