Masih ada ejen kata hibah takaful tidak boleh dicabar? Realitinya ia boleh

Masih ada ejen takaful mempromosikan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar?
Realitinya, ia boleh dicabar.
Tahun lalu, negara digemparkan dengan kes hibah takaful RM1 juta yang dibawa ke mahkamah.
Namun, dalam tempoh yang sama, sebenarnya ada lagi satu kes melibatkan hibah takaful dengan amaun hampir sama.
Kes tersebut melibatkan pasangan suami isteri yang meninggal dunia serentak akibat kemalangan.
Kes ini dikendalikan dan dikongsikan sendiri oleh Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, antara peguam syariah paling senior dan dihormati di negara kita.
Sebenarnya, beliau sudah memaklumkan kepada saya mengenai kes ini sejak tahun lalu.
Namun ketika itu, kes masih berjalan dan belum sesuai didedahkan kepada umum.
Hanya selepas mahkamah syariah memutuskan bahawa ia tidak berada dalam bidang kuasa mahkamah syariah, barulah perkara ini mula dikongsikan secara terbuka.
Kes ini memberi satu pengajaran besar kepada industri takaful.
Isunya bukan lagi sama ada hibah takaful boleh dicabar atau tidak.
Kerana realitinya, ia memang boleh dicabar.
Dan hak untuk mencabar itu memang dimiliki oleh mana-mana pihak di Malaysia.
Walaupun hibah takaful disebut dalam Akta IFSA sekalipun, ia tetap tidak menghalang seseorang daripada memfailkan tindakan di mahkamah.
Isu sebenar sekarang ialah:
Sejauh mana hibah takaful itu mampu dipertahankan apabila dicabar?
Di sinilah tanggungjawab besar syarikat takaful perlu dimainkan.
Pelanggan bukan sekadar mahu sijil hibah.
Pelanggan mahu keyakinan bahawa jika berlaku pertikaian selepas kematian mereka, waris penerima hibah tidak dibiarkan bersendirian menghadapi proses mahkamah.
Sudah sampai masanya industri takaful memberi jaminan yang lebih jelas.
Jika hibah takaful dicabar, adakah syarikat bersedia membantu dan mempertahankan hak penerima hibah di mahkamah?
Apa kata anda?
Afyan Mat Rawi,
Ejen takaful cabuk je…
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Add a Comment
You must be logged in to post a comment.

