fbpx

Viral Isu Medical Card “Paling Pelaq” Tidak Dapat Claim -Ini Pandangan Saya

Viral cerita “Insurans paling pelaq” dari seorang Dato’ selepas medical card beliau tidak dapat digunakan ketika masuk ward sebanyak 2 kali.

Kes mirip isu claim Dato’ Jamal, tapi kali ini bukan beliau.

Ketika status ini ditulis, status beliau mendapat 4.9K respon emoticon dan 5.3K shares. Manakala video LIVE beliau mendapat 1.7K respon emoticon dan 3.7K share.

Saya bahagikan tulisan ini kepada beberapa bahagian.

A. Fakta kes
B. Ulasan isu
C. Panduan kepada pelanggan
D. Panduan kepada rakan-rakan ejen

Tulisan ini agak panjang dan berbaloi untuk dibaca. Please fasten your seat-belt.

 

A. FAKTA KES

Berikut adalah beberapa info penting dari posting dan FB LIVE beliau;

1. Beliau menyertai medical card takaful sejak 2014 dengan bayaran RM400 sebulan

2. Awal 2018, beliau dimasukkan wad akibat batu karang dan perlu membayar sendiri bil sejumlah RM24,000 kerana penyakit itu wujud sebelum 2014 lagi.

3. Kes ini masih dalam siasatan dan kini dimasukkan ke wad sekali lagi akibat serangan jantung.

4. Kemasukan kali kedua ini juga dimaklumkan tidak dapat GL (guarantee letter) oleh syarikat.

5. Beliau tidak puas hati kerana beliau sudah maklumkan kepada ejen ketika sign-up polisi bahawa beliau pernah mengalami penyakit batu karang sebelum 2014 lagi.

6. Beliau merancang untuk mengambil tindakan mahkamah disebabkan perkara ini.

 

B. ULASAN ISU

Berikut ada beberapa pandangan saya berkenaan isu di atas.

 

1. Pertama sekali, saya simpati atas apa yang berlaku dan ini bukan pertama kali saya membaca dan memberi ulasan perkata sebegini.

2. Berdasarkan fakta kes, claim kes pertama beliau iaitu batu karang ditolak disebabkan ia adalah “pre-existing illness” iaitu penyakit itu wujud sebelum beliau sign-up polisi pada tahun 2014 lagi. Ini diakui sendiri oleh beliau.

3. Dalam kes-kes melibatkan “pre-existing illness” selalunya akan berlaku beberapa situasi;

-a. Permohonan akan ditolak dan wang dikembalikan,

 

Atau tawaran balas (counter offer) syarikat kepada pelanggan;

-b. Polisi akan dikenakan bayaran tambahan (loading), atau

-c. Polisi akan dikecualikan (exception) penyakit yang berkaitan penyakit sedia ada, atau

-d. Kombinasi b dan c; loading + exception.

4. Jadi berdasarkan apa yang berlaku, pada hemat saya, KEMUNGKINAN BESAR penyakit batu karang beliau tidak dimaklumkan di dalam borang permohonan takaful medical card pada 2014 dan timbul satu lagi isu iaitu isu “non-dislosure fact” atau ketidak-dedahan maklumat. Maklumat bahawa beliau sudah mengalami batu karang sebelum 2014, tidak didedahkan di dalam borang permohonan takaful.

5. Berhubung tentang isu “non-disclosure” ini, jika betul pelanggan di atas sudah memaklumkan kepada ejen, maka ejen sepatutnya bertanggungjawab untuk memaklumkan di dalam borang permohonan supaya syarikat memproses permohonan tersebut secara adil berdasarkan garis panduan underwriting syarikat takaful.

6. Adapun claim kedua, ia belum ditolak sepenuhnya. Yang ditolak hanyalah “Guarantee Letter” atau GL, satu surat jaminan daripada syarikat untuk menanggung kos rawatan hospital akibat serangan jantung. Pelanggan perlu membayar sendiri dan kemudian membuat tuntutan kepada syarikat selepas discaj.

7. Kenapa GL ditolak? Berdasarkan maklumat daripada pelanggan, sebab kes claim pertama masih dalam siasatan. Saya agak terkejut juga sebab kes pertama sudah lebih 6 bulan. Mungkin syarikat ada alasan tersendiri. Kita tunggu respon rasmi dari syarikat.

8. Jika tidak ada sebarang isu “non-disclosure” atau “pre-existing illness” untuk kes kedua iaitu serangan jantung, tidak ada masalah untuk membuat tuntutan “reimbursement” (bayar dulu, claim kemudian) kelak.

 

C. PANDUAN UNTUK PELANGGAN

Berikut adalah beberapa panduan dan nasihat saya untuk pera pelanggan dan bakal pelanggan medical card takaful

1. Dalam situasi di atas, jika benar pelanggan sudah memaklumkan kepada ejen penyakit sedia ada ketika tandatangan polisi, beliau boleh membawa kes ini ke pengadilan. Tidak perlu ke mahkamah lagi. Ia boleh diadu kepada Bank Negara Malaysia melalui Ombudsman Financial Services (OFS) atau nama lamanya Financial Mediation Bureau (FMB).

2. Cuma isunya ialah pembuktian hal 4 tahun lalu bahawa belia pernah memberi tahu ejen bahawa beliau menghidap penyakit batu karang. Ia akan disiasat selepas aduan dibuat.

3. Jika benar, beliau boleh mendapatkan kembali wang caruman RM400 sebulan selama 4 tahun dan ejen berkenaan akan dikenakan hukuman dan komisen boleh ditarik balik.

4. Kepada bakal pelanggan medical card, pastikan anda mengisytiharkan segala penyakit yang anda alami dengan sejujur-jujurnya. Semak borang beberapa kali sebelum tandatangan. Jangan sekali-kali sembunyikan maklumat yang diminta dalam borang permohonan takaful. SEMUA penting, terutama maklumat kesihatan.

5. Kepada pelanggan sedia ada, mohon semak kembali polisi medical card yang anda langgani. Salinan borang yang anda tandatangani ada di dalam polisi anda. 9 daripada 10 pelanggan takaful yang saya jumpai, tidak membaca pun kandungan polisi. Ada yang tak tahu pun kompeni dan produk apa yang dilanggan.

6. Tak dapat dinafikan ada ejen yang tidak jujur. Memberi nasihat yang salah kepada pelanggan contohnya;

-a. Jika pelanggan mengalami obesiti, ubah maklumat berat badan pelanggan di dalam borang. Kata ejen, tak ada masalah kalau ubah.

-b. Jika pelanggan mempunyai penyakit, tidak maklumkan penyakit di dalam borang permohonan. Ada ejen yang sengaja buat begitu di luar pengetahuan pelanggan

7. Ada juga ejen yang ajar ejen supaya tak maklumkan penyakit dalam borang permohonan dengan janji palsu mengatakan lepas 2 tahun boleh digunakan tanpa disoal-siasat dengn kononnya ada klausa “contestable period” yang menyatakan bahawa jika polisi lebih 2 tahun, boleh claim penyakit sedia ada. Kes ini membuktikan sebaliknya.

8. Jika terjadi hal nombor 6 & 7, minta ejen buat satu surat jaminan atas nama ejen, bahawa jika claim ditolak atas sebab-musabab di atas, ejen akan bayarkan kos perubatan. Tengok, berani tak ejen buat begitu.

9. Jadi, pelanggan perlu ada kesedaran dan ilmu kewangan. Ejen hanya sebagai pemudahcara. Jangan bergantung 100% kepada ejen. Ejen boleh datang dan pergi.

10. Jangan percaya 100% cakap ejen, semak polisi. Kontrak takaful adalah antara pelanggan dengan syarikat takaful, bukan dengan ejen.

 

Beberapa panduan lain di:

https://afyan.com/baca-polisi-medical-card-anda.html/

https://afyan.com/panduan-memilih-medical-card.html/

 

D. PANDUAN UNTUK RAKAN-RAKAN EJEN

Cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Sekalipun kes yang berlaku, bukan pelanggan saya, bukan ejen saya dan bukan syarikat takaful saya, saya ada tanggungjawab sosial dalam perkara ini.

1. Pertama sekali, jangan ambil kesempatan untuk nasihatkan pelanggan medical card sedia ada untuk batalkan polisi mereka dan sign up dengan kita. Berikan panduan dan pendidkan kepada pelangggan. Hari ini hari mereka, mungkin akan datang hari kita.

2. Tak perlu salahkan pelanggan “berjuta-juta claim lulus tak viral, baru satu claim tak lulus dah viral?”. Zaman sekarang zaman viral. Claim lulus bukan berita pelik untuk viral sebab memang patut claim lulus. Contoh “orang kena gigit dengan anjing”, berita sebegini takkan viral. Tapi jika “anjing kena gigit dengan orang” – ini akan viral.

Contoh isu-isu yg viral berkenaan claim medical card yang bermasalah;

https://afyan.com/medical-insuran-lahanat.html/

https://afyan.com/kes-en-shakir-assalam-yang-viral.html/

 

4. Apabila baca komen-komen pada status berkenaan, macam-macam ejen kena terutama bab tayang kereta mewah, ban tayang duit banyak, bab tayang pergi melancong dan sebagainya. Jadi, sebagai pengajaran, mungkin boleh kurangkan tonjolkan perkara-perkara ini. Pelanggan sekarang agak sensitif.

5. Jangan percaya 100% apa leader ajar. Tak dapa dinafikan, banyak sangat ajaran sesat dalam industri insurans dan takaful yang diwarisi sejak zaman berzaman. Jadi, selaku ejen, ambil extra effort untuk belajar dalami ilmu kewangan.

6. Tidak dapat dinafikan, fungsi ejen adalah untuk menjalankan perniagaan dan dapatkan “sales”. Namun, perlu diingat bahawa produk takaful adalah “intangible” yakni bukan produk yang boleh disentuh seperti penapis air, sim-kad, telefon, laptop dan sebagainya. Jadi, selain ilmu sales, ilmu pengurusan kewangan juga sangat penting.

7. Tak dapat dinafikan juga, ada segelintir ejen yang sanggup untuk “menipu” untuk dapatkan pelanggan apabila mereka termotivasi oleh leader dengan kereta mewah, wang besar, rumah besar, melancong ekslusif dan sebagainya. Jadi, tukar mindset untuk membantu orang ramai berbanding untuk kejar material tadi.

8. Tak salah kejar sales tapi jangan sampai misleading dan misselling. Jangan sampai nak kejar sangat komisen, kejar title MDRT, TOT, LOL, kejar flight trip luar negara – sampai lupa etika dan tanggungjawab sebagai perunding takaful.

9. Di Malaysia, kesedaran terhadap kewangan, takaful dan insurans masih rendah. Bank Negara Malaysia (BNM) pun sudah memperkenalkan Balance Score Card (BSC) untuk memastikan ejen membuat “sales” dengan cara yang betul. Cara lama “selling-approach” mungkin akan ketinggalan pada masa akan datang. Boleh beransur-ansur ubah kepada “advisory-approach”.

Jemput baca keluhan Gabenor BNM berhubung isu berkaitan https://afyan.com/keluhan-gabenor-bnm-muhasabah-bersama.ht…/

Jika ada sebarang soalan dan pandangan, boleh ajukan di ruang komen. Jika berkesempatan, saya respon.

Perkara ini turut saya kongsikan dalam Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW http://infaq.my/seminar-bmw/

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk, sejak 2003

(Ikuti FB ini utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan. Boleh juga follow Channel Telegram t.me/afyanIFP

OK, habis. Saya tulis panjang-panjang begini, ada ke orang baca pagi-pagi cuti-cuti hari ini?

Dah baca? Alhamdulillah 🙂 Sudikan share. Tapi janganlah kopipes ya.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

21 JANGAN Apabila Melanggan Takaful

AWAS Kepada Pemegang Medical Card: Kisah dan Panduan

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com