Hibah atau medical card: mana satu perlu diutamakan dahulu?

Dipetik dari FB Syafiq Ashraff

๐™ƒ๐™„๐˜ฝ๐˜ผ๐™ƒ ๐™ซ๐™จ ๐™ˆ๐™€๐˜ฟ๐™„๐˜พ๐˜ผ๐™‡ ๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ฟ: ๐™ˆ๐™–๐™ฃ๐™– ๐™Ž๐™–๐™ฉ๐™ช ๐™‰๐™–๐™  ๐™†๐™š๐™ฃ๐™– ๐˜ผ๐™ข๐™—๐™ž๐™ก ๐˜ฟ๐™ช๐™ก๐™ช?

“Eh, mana lagi penting eh? Medical card ke Hibah?”

Ramai sangat yang tanya saya soalan ni. Jawapan ringkasnya: Kedua-duanya penting, tapi fungsi mereka berbeza tau!!

Untuk tahu mana satu kena utamakan, kita kena tengok dulu apa peranan kita dalam keluarga. Jom kita bedah satu-persatu dalam masa 2 minit.

๐™๐™–๐™๐™–๐™ข๐™ž ๐˜ฟ๐™ช๐™ก๐™ช ๐™๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™ž “๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™ฉ๐™–” ๐˜ผ๐™ฃ๐™™๐™–

1. ๐‡๐ข๐›๐š๐ก ๐“๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ฎ๐ฅ (๐†๐š๐ง๐ญ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง / ๐ˆ๐ง๐œ๐จ๐ฆ๐ž ๐๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ข๐จ๐ง)

Konsep: Hadiah mutlak yang tidak boleh dipertikaikan oleh hukum faraid. Tetapi jangan salah faham, faraid tak salah. Cumanya hibah takaful bertindak sebagai sumber kewangan pantas apabila pasangan meninggal dunia.

Bila dia ‘on’?: Apabila peserta/orang dilindungi meninggal dunia.

Manfaat Tambahan: Hibah takaful juga sesuai disertakan bersama manfaat lain iaitu pampasan cacat kekal lumpuh (TPD) dan sakit kritikal. Ianya untuk memenuhi fungsi utama takaful.

Fungsi: Untuk waris meneruskan kehidupan, perbelanjaan anak meneruskan persekolahan, makan minum harian, dan komitmen sedia ada.

Nota: Hibah langsung tak cover kos rawatan hospital ya. ๐Ÿ™…โ€โ™‚๏ธ

2. ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ (๐—–๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ž๐—ผ๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป / ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป)

Konsep: Jaminan pembayaran kos rawatan hospital swasta oleh syarikat takaful.

Bila dia ‘on’?: Waktu kita hidup, tapi ditimpa sakit atau kemalangan yang memerlukan wad.

Fungsi: Selesaikan bil hospital yang berpuluh atau beratus ribu.

Nota: Medical card yang ‘cover’ berjuta-juta tu langsung tak boleh buat beli beras kalau kita dah tak ada, ye Kak Mah.๐Ÿ˜‚

๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—”๐—ฝ๐—ฎ? (๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป)

๐Ÿญ. ๐—•๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ (๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ / ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ก๐—ฎ๐—ณ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ)

Wajib Utamakan: HIBAH Takaful.

Sebab: Kalau jadi apa-apa pada ketua keluarga, ‘gaji’ dia automatik berhenti. Tapi komitmen rumah, kereta, dan susu anak tetap berjalan macam biasa!

Tips: Sebaiknya dapatkan nilai hibah 10 tahun gaji.

Contoh: Gaji RM5,000 sebulan x 12 bulan x 10 tahun = RM600,000.

Medical card macam mana? Kalau bajet ngam-ngam, utamakan hibah dulu sebab hospital kerajaan masih ada. Tapi kalau mampu, ambil pakej complete (Hibah + Medical Card).

๐Ÿฎ. ๐—œ๐—ฏ๐˜‚ / ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ

Wajib Utamakan: MEDICAL CARD.

Sebab: Secara statistik, wanita lebih terdedah kepada risiko penyakit kritikal yang memerlukan rawatan khusus. Lagipun, orang perempuan biasanya jarang nak tinggalkan duit berkepuk pada suami (ramai faham kan kenapa? Ops!๐Ÿคญ).

Nota Tambahan Untuk Ibu Bekerja: Bagi ibu yang bekerja dan berkongsi komitmen bulanan bersama suami, buatlah hibah takaful untuk suami. Sekurang-kurangnya, ia dapat mengurangkan sedikit beban kewangan pada awal peninggalan anda dan boleh diuruskan oleh suami demi kelangsungan hidup anak-anak.

Fakta Penting: Kenapa hibah atas nama suami itu penting? Ini kerana, bagi anak yang berumur bawah 18 tahun, pampasan hibah takaful yang melebihi RM50,000 akan dipegang oleh pemegang amanah seperti AmanahRaya Berhad (ARB) sehingga mereka cukup umur. Bagaimanapun, wang tersebut masih boleh dikeluarkan mengikut keperluan anak-anak melalui permohonan rasmi daripada penjaga.

Tips: Ambil Hibah sekadar memadai untuk membantu suami urus anak-anak, tapi pastikan Medical Card anda sendiri tetap solid.

๐Ÿฏ. ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ-๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ

Wajib Utamakan: MEDICAL CARD.

Sebab: Anak-anak kecil antibodi belum kuat, senang berjangkit dan kerap masuk wad.

Hibah penting tak untuk anak? Kurang penting buat masa sekarang, sebab kalau anak tiada, ekonomi ibu bapa biasanya tidak terjejas secara langsung.

Kesimpulan

Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan main langgar ambil polisi tanpa tahu fungsinya.

Cuba semak semula polisi takaful yang anda bayar bulan-bulan sekarang:

1. Adakah ia betul-betul lindungi apa yang anda perlukan?

2. Atau anda sedang bayar mahal untuk benda yang salah?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment