Apa sebenarnya berlaku bila final GL tidak diluluskan?
Dipetik dari FB Synergy Rich Legacy
๐๐ฝ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐๐ถ๐น๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐ฎ๐น ๐๐ ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ถ๐น๐๐น๐๐๐ธ๐ฎ๐ป?
Inilah antara situasi paling mendebarkan bagi pemegang medical card.
Dah masuk wad.
Rawatan dah berjalan.
Doktor dah consult.
Ubat dah ambil.
Tiba-tiba masa nak keluar hospital, dapat berita final GL declined.
Kenapa benda ni boleh jadi?
1. Rawatan berubah daripada laporan awal
Contohnya, awalnya admit sebab demam.
Tapi selepas pemeriksaan lanjut, doktor jumpa isu lain seperti jantung, buah pinggang atau diabetes.
Bila diagnosis berubah, pihak takaful perlu semak semula sebelum final GL diluluskan.
2. Laporan doktor / hospital tak lengkap
Kadang laporan tak cukup jelas atau tak nyatakan sebab rawatan secara spesifik.
Bila maklumat tak lengkap, pihak takaful perlu buat semakan lanjut sebelum luluskan pembayaran.
Penting untuk tahu :-
GL ditolak bukan bermaksud claim reject
Masih boleh buat reimbursement (bayar dulu, claim semula)
Jika ikut terma polisi, bayaran balik biasanya tetap diproses
Medical card & GL hanyalah fasiliti kemudahan,
bukan jaminan automatik semua bil terus dibayar.
Sebab itu penting untuk pastikan polisi aktif, semak hospital panel, pastikan maklumat kesihatan tepat dan simpan semua dokumen sokongan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

