10 tahun bayar lebih kerana terlalu selesa dengan pelan telco lama

Sepanjang hidup saya, saya tak pernah jumpa orang guna lima talian daripada lima telco berbeza. Kecuali seorang.
Masa jumpa beliau kira-kira 10 tahun lepas, saya memang pelik.
Rupanya saya yang rugi bertahun-tahun.
Gambar kiri tahun 2016, kira-kira 10 tahun lepas.
Gambar kanan pula baru tadi.
Kedua-duanya saya kongsikan daripada posting Tn Zari Effendi.
Ada cerita di sebalik kedua-dua gambar ini.
Kedua-duanya ialah posting selepas saya berjumpa dengan beliau.
Kalau orang bertukar-tukar talian telefon itu biasa.
Tetapi beliau memang rare.
Lima talian daripada lima telco berbeza.
Sekarang beliau guna Celcom, Maxis, OneXOX, Halo Telco dan Eastel.
Yang menariknya, itu belum termasuk telco yang pernah beliau gunakan sebelum ini.
Tune Talk, Yoodo, Digi, MyFon, MyPrepaid, Tone Excel, Tone Wow, RedONE, UNIFI Mobile, P1 Wimax, TM Touch, Adam, Mobikom, UMobile.
YES dan Altel sahaja yang beliau belum pernah pakai.
Memang rare.
Tak pernah lagi saya jumpa orang seperti ini.
Ada telco yang hari ini tinggal nama sahaja.
TM Touch, P1 Wimax dan Altel memang mengimbau kenangan.
Saya sendiri ada nostalgia dengan telco-telco ini.
Nanti kita cerita lain pula.
Prinsip beliau mudah.
Sebagai orang bisnes, tiada lokasi tanpa talian.
Di mana-mana sahaja beliau berada, mesti ada line telefon.
Kalau tiada, maknanya kawasan itu memang belum dimasuki telco.
10 tahun lepas, masa berjumpa beliau pernah cadangkan saya kekal dengan Celcom dan tukar kepada pelan baru yang baru dilancarkan ketika itu.
Masa itu saya ingat beliau tentu akan cadangkan pelan syarikat sendiri.
Rupanya tidak.
Disebabkan produk syarikat beliau ketika itu tidak sesuai dengan keperluan saya, beliau cadangkan pelan lain yang lebih sesuai.
Saya memang terus tukar masa itu.
Dan saya pakai pelan tersebut hampir 10 tahun.
Dua tahun lepas, saya tukar pelan lain tetapi masih kekal dengan Celcom.
Penjimatan hampir separuh.
Tahun lepas pula saya tukar telco lain.
Jimat hampir separuh lagi.
Baru saya sedar, rupa-rupanya saya sudah bertahun-tahun bayar lebih daripada sepatutnya.
Semalam pula selepas jumpa beliau lagi, rupa-rupanya ada lagi pelan yang lebih berbaloi-baloi.
Yang saya hormat tentang beliau, beliau tidak terus suruh tukar.
Beliau suruh saya uji dahulu selama sebulan berdasarkan lokasi dan keperluan sendiri.
Kebetulan dalam masa terdekat saya akan balik kampung sempena cuti Aidiladha.
Jadi saya boleh uji sendiri talian tersebut di rumah dan sepanjang perjalanan ke Pantai Timur dan Selatan.
Rupa-rupanya dalam tempoh 10 tahun ini, industri telco memang berubah sangat laju.
Cuma kita sahaja kadang-kadang terlalu lama selesa dengan pelan lama.
Dan saya pula memang jenis setia dengan benda lama.
Saya bukan jenis mudah recommendation orang. Tapi untuk bab telco, saya memang berani rekomen beliau.
Ini posting 10 tahun lepas. Masih boleh dibaca di sini
Boleh rujuk Tn Zari Effendi Ruzali ni jika nak dapatkan khidmat nasihat telco
Saya berani jamin, puas hati
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
