Ramai terkeliru antara Investor dan Trader

RAMAI TERKELIRU ANTARA INVESTOR VS TRADER

Jangan mudah terpengaruh apabila ada yang mempromosikan “pelaburan” dengan janji sehari boleh untung 10%, 100% atau 300%.

Pertama sekali, kita kena faham bahawa investment dan trading itu dua perkara berbeza.

Investment bermaksud pelaburan.

Trading pula bermaksud perdagangan.

Kalau seseorang kata dia “melabur” tetapi setiap hari asyik tengok turun naik harga, sibuk jual beli dan mengejar keuntungan jangka pendek, sebenarnya itu lebih dekat kepada trading, bukannya investment.

Bukan bermaksud trading itu scam.

Cuma jangan tersilap istilah.

Itu bukan pelaburan.

Itu ialah perdagangan atau trading.

Nampak macam sama sebab kedua-duanya melibatkan duit dan keuntungan.

Tetapi cara, strategi, tempoh masa, risiko dan mindset sangat berbeza.

Pelabur tidak sama dengan trader.

Pelaburan tidak sama dengan perdagangan.

PERDAGANGAN / TRADING

Untuk mudah faham, kita guna analogi durian.

Perdagangan ibarat berniaga durian.

Kita beli durian daripada peraih atau pengusaha dengan harga murah, kemudian kita jual semula untuk dapat keuntungan.

Kalau mahu untung lebih besar, kita perlu aktif mencari stok dengan harga terbaik.

Mungkin kena pergi Bentong untuk cari terus daripada peladang.

Kemudian kita cari lokasi strategik untuk buka khemah jualan.

Kalau lokasi bagus, cuaca elok dan pelanggan ramai, maka untung boleh jadi tinggi.

Tetapi kalau hujan lebat, pelanggan kurang atau jualan perlahan, keuntungan juga boleh terjejas.

Inilah konsep trading.

Aktif membeli dan menjual untuk mendapatkan keuntungan dalam tempoh singkat.

Sebab itu trader biasanya lebih fokus kepada pergerakan harga.

Mereka sentiasa memantau pasaran.

Mereka perlu cepat membuat keputusan.

Kadang-kadang untung besar boleh berlaku dalam masa singkat.

Tetapi kerugian besar juga boleh berlaku dalam masa singkat.

Sebab itu trading memerlukan ilmu, disiplin dan pengurusan risiko yang sangat ketat.

Bukan sekadar ikut orang.

Bukan sekadar tengok tangkap layar keuntungan orang lain di media sosial.

PELABURAN / INVESTMENT

Pelaburan pula lebih mirip kepada membuka ladang durian.

Kita cari benih yang berkualiti.

Kemudian kita tanam.

Kita jaga.

Kita baja.

Kita siram.

Kita tunggu pokok membesar dan menghasilkan buah.

Semua ini mengambil masa.

Tidak mungkin tanam hari ini, esok terus berbuah.

Begitulah juga pelaburan.

Pelabur biasanya fokus kepada pertumbuhan jangka panjang.

Mereka membina sesuatu secara perlahan-lahan sehingga hasilnya matang.

Pelabur lebih melihat kepada asas dan potensi jangka panjang.

Mereka faham bahawa proses membina kekayaan biasanya mengambil masa bertahun-tahun.

Sebab itu pelabur selalunya lebih sabar.

Mereka tidak terlalu panik dengan turun naik jangka pendek.

Yang melabur dipanggil pelabur atau investor.

Yang berdagang dipanggil pedagang atau trader.

Kedua-duanya penting dalam ekonomi.

Ada orang sesuai jadi pelabur.

Ada orang sesuai jadi pedagang.

Tiada masalah.

Asalkan faham apa yang dibuat dan ada ilmu.

Sama seperti dunia durian.

Kalau tiada peladang, peniaga susah nak dapat stok durian.

Kalau tiada peniaga pula, susah durian nak sampai kepada pengguna.

Kedua-duanya saling melengkapi.

Cuma ilmu, komitmen dan risiko mereka berbeza.

Peniaga perlu sentiasa aktif mengurus jual beli.

Pelabur pula lebih fokus membina hasil dalam tempoh panjang.

Pedagang boleh keluar modal pagi dan dapat untung pada petang yang sama.

Tetapi pelabur pula perlu sabar menunggu hasil.

Takkan baru tanam benih hari ini, esok pagi terus nak makan durian?

Takkan baru kahwin hari ini, esok terus dapat anak?

Sebab itu dalam dunia kewangan dan perniagaan, paling penting bukan sekadar mahu untung cepat.

Tetapi faham kita sebenarnya sedang melabur atau sedang berdagang.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment