T20 di Kelantan boleh jadi B40 di Kuala Lumpur: Realiti sebenar di sebalik pendapatan isi rumah

1. T20 di Kelantan jika berpindah ke Kuala Lumpur boleh menjadi B40.

2. Dan jika B40 Kuala Lumpur berpindah ke Kelantan, mereka boleh menjadi T20.

3. Inilah realiti definisi B40, M40 dan T20 yang sebenarnya berbeza mengikut negeri kerana kos hidup dan struktur ekonomi setiap negeri tidak sama.

4. Maksudnya, pendapatan RM7,000 sebulan mungkin dianggap T20 di Kelantan, tetapi masih B40 di Selangor atau Kuala Lumpur.

5. Ini membuktikan penggunaan satu standard nasional untuk seluruh Malaysia kadang-kadang tidak menggambarkan realiti sebenar rakyat.

6. Putrajaya mempunyai threshold tertinggi di Malaysia.

7. Untuk dianggap T20 di Putrajaya, isi rumah perlu berpendapatan sekurang-kurangnya RM19,030 sebulan.

8. Kuala Lumpur juga sangat tinggi dengan threshold T20 bermula RM17,030.

9. Selangor pula RM16,040 untuk masuk kategori T20.

10. Ini menunjukkan kawasan bandar utama mempunyai kos sara hidup dan tahap pendapatan yang jauh lebih tinggi.

11. Kelantan mempunyai threshold paling rendah.

12. Di Kelantan, pendapatan RM7,000 sudah dikira T20.

13. Perlis dan Kedah juga antara negeri dengan threshold rendah untuk kategori T20.

14. Ini memberi gambaran bahawa purata pendapatan dan aktiviti ekonomi di Pantai Timur serta beberapa negeri utara masih lebih rendah berbanding Lembah Klang.

15. Johor mempunyai threshold agak tinggi iaitu RM13,560 untuk T20.

16. Ini mungkin dipengaruhi pembangunan pesat Johor Bahru, sektor industri dan kesan ekonomi Singapura.

17. Pulau Pinang juga tinggi dengan threshold T20 RM12,680.

18. Negeri-negeri seperti Melaka, Terengganu dan Labuan berada di pertengahan.

19. Menariknya, Sabah dan Sarawak masih mempunyai threshold lebih rendah walaupun kos logistik di sana tinggi.

20. Ini menunjukkan jurang pendapatan di Malaysia Timur masih ketara.

21. Secara nasional, B40 Malaysia ialah isi rumah bawah RM5,860.

22. M40 antara RM5,860 hingga RM12,679.

23. T20 pula bermula RM12,680.

24. Tetapi apabila dipecahkan ikut negeri, kita boleh nampak realiti sebenar lebih kompleks.

25. Sebagai contoh, seseorang dengan pendapatan RM10,000:

– Dikira T20 di Kelantan.

– Dikira T20 di Kedah.

– Dikira M40 di Selangor.

– Dikira M40 di Kuala Lumpur.

– Hampir masuk B40 di Putrajaya jika kos hidup diambil kira secara relatif.

26. Sebab itu ramai rasa “aku gaji besar tapi masih sesak”.

27. Secara statistik mereka mungkin M40 atau T20.

28. Tetapi dari sudut cash flow sebenar, komitmen bandar besar seperti rumah, pengangkutan, taska, pendidikan dan gaya hidup menyebabkan disposable income kecil.

29. Data ini juga penting untuk kerajaan.

30. Jika subsidi atau bantuan guna satu angka nasional sahaja, ia boleh jadi tidak adil.

31. Orang bergaji RM8,000 di Kelantan dan RM8,000 di Kuala Lumpur mempunyai realiti hidup yang sangat berbeza.

32. Sebab itu ramai pakar mula mencadangkan pendekatan baharu:

– Pengelasan ikut negeri.

– Pengelasan ikut bandar dan luar bandar.

– Pengelasan berdasarkan disposable income.

– Pengelasan berdasarkan kekayaan bersih, bukan gaji semata-mata.

33. Analisa paling penting daripada data ini ialah “pendapatan” tidak boleh dilihat tanpa mengambil kira “kos hidup”.

34. Gaji besar tidak semestinya kaya.

35. Gaji kecil tidak semestinya miskin jika kos hidup rendah dan hutang terkawal.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment