fbpx

Ada lagi yang percaya skim pelaburan yang memberi jaminan keuntungan 6% sebulan?

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 253Words
  • 120Views

Berita hari ini. Petikan berita:

Ejen yang kenalkan saya dengan skim pelaburan itu memang seorang pekerja sebuah bank tempatan, namun akibat dikaburkan dengan pulangan sehingga ENAM PERATUS SEBULAN.

Saya terus sertai skim pelaburan itu dan hanya sempat merasa ‘habuan’ untuk tiga bulan pertama sahaja dan langsung tidak terima duit sehingga sekarang,” katanya kepada Bernama.

Tamat petikan berita.

6% sebulan, bermakna 72% setahun. Wowwwwssss!!

Jauh lagi tinggi daripada ASB, Tabung Haji, KWSP.

Juga jauh lebih tinggi daripada pelabur terhebat dunia, Warren Buffet sasaran keuntungan.

Jika betul ada pelaburan yang boleh berikan pulangan setinggi ini, sepatutnya kerajaan Malaysia yang patut labur dulu.

Lepas kerajaan labur dan untung, boleh pulihkan ekonomi.

Kerajaan boleh labur di sini kemudian boleh bayar hutang negara dan hutang 1MDB 🤣

Kemudian boleh bagi mansuhkan semua tol di sellluruuh Malaysia dan bagi duit minyak kepada pengguna yang lalu tol.

Boleh bagi dividen Tabung Haji 20%, siap boleh hantar jemaah pergi haji balik hari.

PNB boleh melabur di sini, kemudian boleh bagi dividen ASB 20% setahun. Masih ada baki untung 50% untung PNB.

Boleh mansuhkan PTPTN dan pulangkan balik kepada peminjam yang dah selesaikan hutang PTPTN.

Dah masuk tahun 2023, masih ramai yang suka kena sontot?

Sudah-sudahlah. Mana ada duit mudah hari ini.

IKLAN: JOMMM ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Betul ke emas kalis inflasi? Tidak Benarkah kalau tukar matawang…