Nak Faham Takaful, Jadi Ejen Takaful

Cara terbaik memahami takaful ialah dengan menjadi ejen takaful. Setuju?

Dipetik dari FB Siti Nuur Hidayu 

Masa bujang dulu, tengok orang lain ada takaful, aku pun buat. Baca brochure gitu gitu ja. Sign teruih RM200 sebulan.

Lepastu, gaduh pasai apa tak tau dengan ejen tu. Aku biaq lapse. Hahaha

Bila jadi mak orang, kecoh orang suruh ambik medical card sebab bebudak mudah sakit. Tak pening kepala bila ada medical card. Sign teruih RM150/bulan.

Lepastu time nak guna, eh eh tak cover sinun sinin, banyak pulak syarat. Geram punya pasai, pun aku biaq lapse. Hahaha

Tahun 2017, gemuruh jiwa bila festaim dengaq talk pasai unit trust. Tak study banyak. Lepas talk tu sign teruih RM1000 sebulan.

Tak pernah belajaq pasai cashflow lagi masatu. Last last tersontot unit trust tu di tangan sendiri.

TIGA benda bodoh kami laki bini pernah buat ikut-ikut orang punya pasai. Darah muda laa katakan. Tak berapa bijak.

Tapi lepas study dengan tuan Afyan Mat Rawi, rasa cerdik dah sikit.

Bila sembang dengan ejen takaful pun kami dah pandai tanya & request itu dan ini untuk buat perbandingan sebelum sign.

Kalau dulu, ejen explain bukak buku polisi tunjuk certain page, kami hangguk hangguk. Bila ejen tanya ada soalan dak? Macam cikgu tanya kat murid murid dalam kelas. Krikk krikk. Pasai apa? Pasai tak faham apa langsung pun. Tapi pi sign jugak!

Bodoh kan?
Jangan jadi macam kami tau.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com