Adakah i-Lestari Dan i-Sinar Itu Perlu Dizakatkan?

Adakah pengeluaran menerusi program i-Lestari dan i-Sinar itu perlu dizakatkan?

Secara asasnya apa-apa jumlah wang dikeluarkan daripada KWSP berdasarkan kriteria tertentu adalah wajib dizakatkan khasnya apabila jumlahnya melebihi nisab.

Pengeluaran seumpama ini meskipun tidak mencukupi nisab, ia perlu ditaksir bersama sumber pendapatan yang lain bagi melengkapkan nisab untuk tujuan zakat.

Bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik wabak covid-19 pengeluaran yang tidak melebihi nisab (jumlah batasan pemilikan seorang Muslim selama satu tahun untuk wajib mengeluarkan zakat) adalah dikecualikan dari zakat jika pemiliknya benar-benar terkesan dengan keadaan tersebut.

Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP dalam keadaan terpaksa dan terkesan teruk akibat terjejas sumber pendapatan, maka zakat tidak diwajibkan.

Seperti i-Lestari pengeluaran RM500 selama 12 bulan masih dibawah nisab yang tak wajib dizakatkan.

Sementara itu, bagi pengeluaran atas pilihan dan bukan kerana darurat serta masih mempunyai sumber pendapatan serta tidak terjejas keperluan asas hidup dan tanggungan serta melebihi nisab, zakat diwajibkan ke atas keseluruhan pengeluaran dilakukan.

– Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman, Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Sumber: MStar

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Apabila melanggan polisi takaful, pastikan penamaan yang betul untuk tujuan…