fbpx

Takaful Produk Perlindungan

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 517Words
  • 444Views

Takaful adalah produk perlindungan kewangan.

Manakala hibah pula bermaksud hadiah atau pemberian.

Istilah “hibah takaful” merujuk kepada salah satu kaedah pengagihan harta pampasan takaful kepada pewaris.

Apabila melanggan takaful, pelanggan ada pilihan untuk 2 jenis penamaan yang wajib diisi dalam borang takaful.

1. Penamaan biasa

2. Penamaan hibah.

Pelanggan boleh memilih salah satu, atau kedua-duanya.

Apa beza kedua-dua kaedah penamaan tersebut? Kita pergi satu persatu.

1. PENAMAAN BIASA : Pewaris yang dinamakan dalam borang takaful, adalah penama atau pemegang amanah sahaja. Ia bukan penerima mutlak pampasan tersebut. Mereka sebagai orang tengah, yang bertanggungjawab mengurus pampasan takaful yang diberikan dan tertakluk kepada hukum faraid.

2. PENAMAAN HIBAH. Pewaris yang dinamakan dalam borang takaful adalah penerima mutlak harta pampasan. Sebagaimana yang ditulis di awal artikel ini, hibah bermaksud hadiah atau pemberian. Maksudnya di sini, pampasan takaful diberikan kepada pewaris yang dinamakan dan ia tidak tertakluk kepada faraid.

“Jadi, hibah takaful lagi bagus dari penamaan biasa”

Cop. Nanti dulu. Bukan semudah itu kesimpulannya.

Setiap satu ada fungsi tersendiri. Namun ramai yang tersalah anggap dalam hal ini. Contohnya cara promosi:

“Hibah takaful untuk bayar hutang”.

Jika sudah diberikan sebagai hadiah, maka sudah jadi pemilik waris yang menerima. Cuba bayangkan situasi ini: Kita berikan hadiah kepada isteri kita, kemudian kita minta isteri bayarkan hutang. Bukankah janggal di situ?

“Sayang, abang hadiahkan rantai emas RM200,000 ini kepada Sayang. Tapi saya gunakan emas tersebut untuk bayar hutang PTPTN Abang ya?”

Bukankah janggal dan kelakar sekali?

Mesej yang ingin saya sampaikan ialah, gunakan cara penamaan yang sesuai untuk setiap objektif kewangan

Hibah takaful ada fungsi tersendiri. Antaranya adalah untuk tujuan “income protection”. Maksudnya, ia sebagai pengganti pendapatan kita yang hilang akibat kematian.

Sebagai contoh, seorang suami yang berpendapatan R.M3,000 sebulan melanggan “hibah takaful” bernilai R.M360,000 dengan sumbangan bulanan hanya R.M150 sebulan, yakni bersamaan dengan 5% sahaja pendapatan bulanannya.

Dalam polisi tersebut, penama hibah diletakkan atas nama isteri dengan tujuan “income protection”. Jadi, apabila beliau meninggal dunia, maka si balu akan terima pampasan R.M360,000 tadi sebagai hibah daripada polisi takaful arwah suami.

Maka dengan hibah sejumlah itu, menggantikan pendapatan arwah suaminya yang hilang akibat meninggal dunia. Jadi di sini fungsi takaful sebagai “income protection” tercapai. Kadangkala ia disebut juga sebagai “income replacement”.

Cuba bayangkan situasi sebaliknya:

Si suami ketika hidup melanggan “hibah takaful” dan berpesan kepads si isteri untuk gunakan hibah tersebut untuk bayar hutang atas nama suami.

Selepas arwah pergi, si balu menunaikan hasrat arwah suami dengan membayar segala hutang piutang atas nama suami. Andaikan, hutang yang dibayar adalah aset-aset atas nama arwah seperti rumah (tanpa MRTT), kereta, ASB Financing (tanpa takaful) dan lain-lain.

Adakah aset tersebut akan jadi milik si balu yang melangsaikan hutang tadi? Tidak sama sekali. Milik isteri hanyalah 1/8, tidak termasuk harta sepencarian. Ia perlu dikongsi dengan ahli ahli waris lain seperti ibu dan bapa mertua dan mungkin ipar duai jika tidak ada anak lelaki.

Jika untuk tujuan melangsaikan hutang selepas mati, jangan letak penamaan hibah. Letakkan penamaan biasa. “Hibah takaful” bukanlah penyelesaiannya.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

Errr.. Faham tak tulisan saya ni? Cuba berikan komen sejauh mana rakan-rakan faham. Ini tulisan ketiga pasal isu ni sebenarnya

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Adakah pengeluaran menerusi program i-Lestari dan i-Sinar itu perlu dizakatkan?…