Adakah Saya Dengki ?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:8Views

Masa saya lawan ARBA dulu, tuduhan yang biasa dikenakan ke atas saya ialah “dengki la tu”. Kemudian buat serangan peribadi. Paling biasa, mereka akan kata saya dengki sebab bisnes takaful saya yak laku. Kemudian, ugut saman.

Sama masa saya lawan Alfafa, mereka tuduh saya “Dengki” dan buat tuduhan peribadi kaitkan dengan bisnes takaful saya. Kemudian ugut saman. Berbeza yang lain yang hanya ugut, yang ni saman betul.

Masa lawan dengan Tok Belagak pun meraka kata saya dengki, dan kemudian buat tuduhan serta serangan peribadi. Ugut saman, sampai sudah tak saman.

Sampai sekarang ia berlarutan. Jadi saya tak ambil kisah sangat pun. Saya jalankan kerja tanpa gaji ini sebagai tanggung jawab sosial dengan sedikit ilmu yang Allah bagi.

Saya bagi hujah dan fakta, mereka main sentimen dan serang peribadi. Tapi hujah yang saya berikan, tak ada satu pun mereka mampu patahkan.

Saya ok je kalau datang berbondong-bondong attack saya. Kalau saya salah, saya takkan segan silu mengakuinya. Saya bukan sempurna. Tapi kalau ada yang buat serangan peribadi, tak perlu la saya layan. Lagi-lagi lah nak main-mainkan nama saya dan nama ayah saya. Macam budak-budak punya cara.

Yang penting saya takkan delete komen yang tak sehaluan dengan saya. Juga saya takkan blok sesiapa yang tak setuju dengan saya.

Dulu saya sangka tuduhan sebegini datang dari scammer dan orang yang tak berpelajaran. Rupa-rupanya golongan berpendidikan, motivator dan ahli keluarga pun suka mainkan sentimen begini. Buat tuduhan “dengki”, kemudian mula cari isu peribadi untuk buat serangan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Jenis-jenis Manfaat Penyakit Kritikal atau Critical Illness (CI) 1. CI…