AES dan Maqasid Syariah

AES DAN MAQASID SYARIAH

Maqasid Syariah antara topik yang menarik dalam ilmu fiqh dan usul fiqh.

Maqasid bermaksud tujuan, manakala Syariah merujuk kepada undang-undang syariah.

Maqasid Syariah merujuk kepada tujuan sesuatu undang-undang syariah, dilaksanakan untuk menjaga 5 perkara asas iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Secara umumnya undang-undang syariah dalam bab jenayah, ada 3 perkara;

1. Hudud,
2. Qisas, dan
3. Takzir

Dalam maqasid syariah, ada 5 tujuan sesuatu undang-undang itu dilaksanakan, iaitu;

1. Menjaga agama (hifz al-din)

2. Menjaga nyawa (hifz al-nafs)

3. Menjaga akal (hifz al-a’ql)

4. Menjaga keturunan (hifz al-nasl)

5. Menjaga harta (hifz al-mal)

Sebab itu dalam undang-undang Islam, ada hukuman mati kepada golongan murtad dengan tujuan untuk menjaga agama yakni tujuan pertama maqasid syariah.

Hukuman qisas yakni balas-bunuh dikuatkuasakan untuk menjaga nyawa manusia supaya orang tidak sesuka hati membunuh.

Hukuman jenayah arak pula untuk menjaga akal. Hukuman jenayah zina untuk menjaga keturunan dan hukuman terhadap perompak dan pencuri pula adalah bertujuan untuk menjaga harta.

Semua yg di atas adalah di dalam undang-undang hudud dan qisas yang sudah digariskan oleh Quran dan Sunnah, cara pelaksanaan hukuman seperi sebat, rejam, pancung dan sebagainya.

Hukuman tersebut lebih kepada mencegah kemungkaran yang lebih besar berlaku.

Hukuman hudud dan qisas bertujuan untuk memberi amaran keras kepada penjenayah supaya berfikir 10 kali sebelum melakukan sesuatu jenayah.

Ia juga bertujuan untuk mengelakkan penjenayah daripada berleluasa.

Adapun AES adalah di bawah hukuman takzir.

Takzir pula hukuman selain daripada hudud dan qisas tadi.

AES bertujuan untuk menjaga nyawa, maqasid syariah yang kedua.

AES beroperasi melalui tangkapan imej bagi pemandu yang memandu laju di kawasan-kawasan yang berisiko kemalangan.

AES akan menepati maqasid syariah sekiranya ia bertujuan bagi mengelakkan dan mengurangkan kemalangan, bukan bertujuan untuk menambah saman.

Justeru, pelaksanaan undang-undang AES boleh menepati maqasid syariah dengan meletakkan papan tanda besar-besar di kawasan berisiko berlaku kemalangan.

Letakkan papan tanda “AWAS! KAWASAN OPERASI AES!”

Setiap tempat yang ada kamera AES, akan ada papan tanda amaran tersebut.

Tujuan / maqasid syariah untuk menjaga nyawa tadi akan tercapai kerana pemandu yang melalui kawasan itu akan berhati-hati dan memperlahankan kenderaan.

KPI bagi AES yang menepati maqasid syariah ialah kurangnya pemandu disaman kerana memandu laju.

Bermakna, hanya pemandu yang degil dan masih memandu laju di kawasan berkenaan yang akan disaman kerana tidak memperlahankan kenderaan.

Bermakna, para pemandu diberi amaran terlebih dahulu sebelum disaman.

BUKAN mereka disaman sebab terperangkap, lepas kamera flash baru perasan ada AES dan dah kena saman.

Barulah tercapai maqasid syariah AES.

Difahamkan papan tanda AES sudah ada sejak zaman Malaysia lama tapi ramai yang tak tahu dan tak perasan. Justeru, di zaman Malaysia Baru perlu ada penambahbaikan supaya ia benar-benar menepati maqasid syariah.

Dalam masa sama, operasi-operasi secara sembunyi-sembunyi juga boleh dimansuhkan kerana ia tidak menepati maqasid syariah.

Sebagaimana Pak Menteri menghentikan operasi intipan khalwat, boleh juga hentikan operasi intipan speed trap.

Setuju?

Kongsikan supaya ia sampai kepada Pak Menteri

Afyan Mat Rawi, LLB (ijazah ori)
Pernah belajar syariah di UIAM

(Gambar hiasan: Ketika bersiaran dalam rancangan Maqasid Syariah di TV Al-Hijrah suatu ketika dahulu)

Jangan lupa follow & klik see first Afyan Mat Rawi dan follow telegramt.me/AfyanIFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com