Sindiran Halus Dialu-alukan

Dalam manifesto PH dahulu memang tiada agenda untuk mansuhkan PTPTN, yang ada ialah pengecualian pembayaran jika pendapatan gaji bawah RM4,000.

Yang ada agenda untuk mansuhkan PTPTN ialah dalam manifesto PAS.

Sekarang, PH gagal laksanakan manifesto tersebut.

Kalau kita buat plan begini boleh tak, dalam PRU akan datang kita pakat-pakat undi PAS pula?

Agak-agak PAS nanti mampu tak laksanakan agenda mansuhkan PTPTN sebagaimana dalam manifesto?

Jadi, sementara itu bayar PTPTN paling minimum dengan harapan PAS menang nanti PTPTN dihapuskan pula.

Lagipun, kalau tak silap saya dulu masa PRU lepas, ada kempen “kali ini undi PH, kalau PH gagal laksanakan manifesto maka akan datang undi PAS”.

Ok tak cadangan ni?

Mohon komen yang murni-murni. Sindiran halus dialu-alukan.

Tapi jika komen-komen mengarut, melampau, caci maki tidak kira yang menyokong atau tidak, tidak dialu-alukan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Keringat Seringgit Baling: Hanya RM1 sekilogram. Itulah bayaran yang diterima…