Rupa-Rupanya Ia Rakaman, Saya Ingat LIVE

Tahukah anda, pengumuman Mohor Besar Di Raja berhubung tarikh-tarikh penting kalender Islam seperti tarikh permulaan puasa, tarikh hari raya Aidilfitri dan tarikh hari raya Aidil Adha sudah dirakam siap-siap sebelum disiarkan pada waktunya?

Ia dirakam dengan 2 tarikh jangkaan hari berkenaan dan akan disiarkan apabila sudah mendapat tarikh yang pasti.

Selama ini saya sangka pengumuman mohor besar dijalankan secara LIVE, sehinggalah saya terlihat posting sahabat saya yang bekerja di RTM, beberapa tahun lalu.

Rupa-rupanya ia rakaman, dengan skrip 2 tarikh masihi berbeza bagi tarikh 1 Ramadhan atau 1 Syawal.

Sebab itu pernah terjadi, ada siaran TV tersilap siar rakaman pengumuman tarikh yang tidak betul kerana tersilap video rakaman.

Dulu-dulu masa kecil-kecil saya ingat;

1. Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan berada di satu tempat berdekatan dengan lokasi melihat anak bulan.

2. Dalam masa sama proses melihat anak bulan dilakukan oleh ahli-ahli falak.

3. Selepas menoropong anak bulan. Jika nampak, mereka akan membuat keputusan bahawa keesokannya puasa atau raya. Jika tidak nampak mereka akan membuat kiraan falak.

4. Selepas mereka membuat keputusan tarikh puasa atau tarikh hari raya, mereka maklumkan kepada Pemegang Mohor Besar.

5. Pemegang Mohor Besar akan menghubungi Majlis Raja-raja utk mendapat pengesahan tarikh.

6. Selepas dapat pengesahan tarikh, Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan ke studio rakaman utk membuat rakaman secara LIVE ke seluruh rakyat Malaysia di kaca-kaca TV.

7. Saya akan menanti dengan penuh sabar sama ada esok jauh 1 Ramadhan atau 1 Syawal, menonton pengisytiharan oleh Pemegang Mohor Besar Raja-raja.

Itulah imaginasi saya ketika kecil-kecil dahulu.

Hahaahaha… Rupa-rupanya bukan.

Apa pula imaginasi anda?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com