Akhirnya Sdra Chid sudi nak debat FOREX
Alhamdulillah, akhirnya Sdra Chid sudi juga utk berdebat.
Sejak bulan Februari lepas saya offer untuk jadi panel, beliau tak terima dan bermacam alasan diberikan.
Selepas sesi dengan Sdra Mat Duan, barulah dia beria-ia tawarkan diri. Memandangkan program yang saya offer kepada dia sudah dijalankan, maka saya offer sesi debat pula kali ini.
Saya yakin sesi tersebut takkan mengubah pendirian saya dan dia terhadap forex. Juga takkan mengubah pendirian komuniti forex trader dan juga pendirian yang menolak forex trading.
Jadi sesi debat itu nanti biarlah publik yang menilai sendiri.
Kebetulan, dalam sesi Borak MembaWang malam tadi, Ustaz Khairul Anuar Basri a.k.a USTAZ EMAS DAN DINAR menawarkan diri untuk sesi debat, jadi saya sudah mesej beliau.
Doakan agar program ini berjalan lancar.
UPDATE: Ustaz Khairul Anuar Basri dah terima. Alhamdulillah.
Chid, Chid…
Masa saya ajak dulu macam-macam alasan diberikan. Rujuk posting bulan Feb lepas di sini
Lepas saya dah berjaya dapatkan Sdra Mat Duan sebagai panel, barulah terhegeh-hegeh nak terima.
Ginilah, saya offer sesi debat pula. Harap tak berikan alasan lain pula ya.
Jangan nanti dah ada panel lain, baru nak acah-acah terima…
Update: Sdra Chid sudah terima tawaran berdebat.
Moderator pula sudah bersetuju. Baca di sini
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran