ALTERNATIF PELABURAN Emas (UPDATE 2020)

Pelaburan emas antara pelaburan yang popular di Malaysia, selalunya ia daam bentuk emas gold bar, jogkong atau barang kemas.

Kita dalam lihat, trend harga emas kebelakangan ini ialah uptrend dalam masa 3 ke 5 tahun ke belakang, berbanding 3 ke 5 tahun sebelum ini, ia dilihat downtrend.

Saya pernah tulis pada tahun 2016 ketika pelaburan emas dlm keadaan downtrend untuk tempoh 5 tahun sebelum itu.

Baca di sini

Namun, ia normal.

Sebagaimana pelaburan-pelaburan lain yang wujud, ia ada naik turun.

Sebenarnya, selain dari risiko naik turun harga emas, ada beberapa risiko yang wujud, tapi jarang-jarang didedahkan kerana ramai pelabur fokus kepada harga naik turun sahaja.

Antara risiko lain pelaburan emas ialah;-

1. Risiko emas palsu.

Jika terbeli emas palsu, risikonya ialah 100% TOTAL LOST. Beli emas dalam balutan plastik – tidak boleh buka, jika buka harga jatuh. Selepas bertahun-tahun simpan, kompeni ditutup – rupa-rupanya emas palsu.

Cara atasi: uji ketulenan emas atau beli dari kompeni yg sudah bertahan lama.

2. Risiko hilang.

Ia juga satu lagi risiko yang mungkin terjadi, kerana saiz emas sangat kecil dengan harga yang begitu besar. Simpan punya simpan, selepas beberapa lama tidak tahu simpan di mana.

Cara atasi: Simpan dalam safe deposit box, atau simpan di ar-rahnu, tapi ada kos.

3. Program emas scam.

Beli emas tak dapat emas, tapi dapat pulanagn bulan-bulan. Selepas beberapa lama, kompeni lingkup dan rupa-rupanya SCAM.

Cara paling mudah utk elakkan, pastikan beli emas dapat emas dan COD lebih baik.

4. Belian emas secara riba.

Ia risiko di akhirat, sebab risiko riba padahnya ialah neraka paling bawah sebab dossa riba ialah ibarat berperang dengan ALLAH.

Sekarang sudah ada beberapa syarikat yang menjual emas secara patuh syariah, atau akaun emas perbankan Islam, maka itulah pilihan terbaik.

Jika beli di kedai emas biasa, pastikan urusniaga secara tunai bagi mengelakkan riba. Jangan sekali-kali buat trade-in, gantikan dengan jual emas yang dan beli emas yang ingin di’trade-in’.

NAMUN ADA BERITA BAIK, mahukah Tuan-Puan mengenali PELABURAN EMAS ALTERNATIF yg TIADA 3 RISIKO di atas?

Alternatifnya ialah, pelaburan dana saham AmPrecious Metal.

Ini adalah pelaburan ke dana saham amanah yang dilaburkan ke syarikat-syarikat emas, perak dan logam berharga. Naik turun syarikat-syarikat ini seiring dengan permintaan emas dunia.

Apabila harga emas naik bermakna permintaan terhadap emas semakin tinggi. Ia sekaligus meningkatkan saham syarikat-syarikat yang dilaburkan. Begitu juga sebaliknya, apabila harga emas menurun.

Secara umumnya, harga naik turun saham amanah ini hampir seiring naik turun harga emas semasa dunia walaupun tidak setiap masa.

Berikut adalah kelebihan melabur melalui dana ini.

1. TIADA RISIKO EMAS PALSU, kerana kita membeli saham amanah yg dilaburkan utk membeli sahama-saham syarikat emas terkemuka dunia.

2. TIADA RISIKO EMAS HILANG kerana kita bukan membeli emas fizikal.

3. TIADA RISIKO EMAS SCAM kerana ia pelaburan yg dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti

4. TIADA RISIKO RIBA kerana ia disahkan PATUH SYARIAH oleh panel penasihat syariah syarikat pelaburan ini.

KELEBIHAN LAIN:

5. TAHAP KECAIRAN YANG TINGGI.

Ia boeh dicairkan / tukar kepada tunai dalam masa 10 hari sahaja.

Tanpa perlu ke kedai emas pun, ia boleh dicairkan.

6. URUSAN MELALUI ONLINE.

Apabia sudah membuka akaun peaburan, urusan selanjutnya hanya boleh dilakukan secara online menggunakan platform FAME (Financial Access Made Easy). Boleh cari dan download applikasi ini di Google Play atau Apple Store.

Tidak seperti kedai emas, perlu tunggu kedai dan pejabat buka baru boleh berurusniaga. Hehe…

7. BOLEH DIMULAKAN MINIMA RM1K

Membuka akaun ini serendah RM1,000 dan kemudian bulanan RM100.

Murah dan mudah bukan?

8. KOS YG RENDAH

Kos permulaan hanya 5% sahaja.

Tidak seperti emas fizikal yg mungkin ada kos upah, kos simpan, spread sehingg 30% dan lain-lain kos lagi.

Apapun, ia tetap ada kontra.

Kontranya ialah; walaupun ia alternatif pelaburan emas, tapi pelabur tidak dapat memegang emas. Huhu

Disertakan, dokumen rasmi Fund Fact Sheet dana ini yg dikeluarkan oleh AmInvestment, sebuah syarikat pelabutan yg mendapat lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Juga screeenshoot dari bloomberg dan MyMornigstar yg menunjukkan naik turun harganya dalam masa 5 tahun dan bandingkan dengan naik turun harga emas dalam tempoh masa yg sama.

Berdasarkan rekod, in prestasi dana ini;

YTD Return 41.27%
1 Year 43.39%
3 Years Annualised 11.49%
5 Years Annualised 11.0%

Menarik bukan? 

Hampir SAMA pelaburan emas. Inikan alternatif pelaburan emas 

Tahap volatility dana ini 29.5, sangat tinggi. Sesuai dengan risiko dan pulangan yg diberikan.

Invest at your own risk.

Past performance does not indicate future result.

Kalau nak melabur di sini, boleh klik di sini

Kalau problem, copy paste link ke browser.

Kalau nak melabur emas fizikal pula, klik WhatsApp

Nota: Ini kelebihan apabila perunding bernanung di bawah INFAQ Consultancy yg menggunakan konsep advisory approach dan Single License Investment, dapat membuat analisa palaburan saham amanah dari pelbagai fund house tanpa terikat satu syarikat. Jika ada peluang utk jadi independant, kenapa perlu terikat dengan satu syarikat sahaja?

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com