fbpx

Alternatif ASB Financing / Loan

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 319Words
  • 673Views

Saya terbaca satu iklan FB yg berbunyi;

“☑️ Dengan modal RM13,200 untuk tahun pertama, anda akan terima RM200K selepas 30 tahun! Hanya modal RM13,200 untuk tahun pertama SAHAJA!”

“☑️ Bayar RM1100 bulanan berterusan selama 30tahun dan anda akan menerima hampir RM2.1 juta pada hujung 30 tahun!”

Rujuk gambar 1

Gambar 1

Tahukah anda, tanpa mengambil hutang ASB Financing / ASB Loan pun, kita boleh dapatkan potensi pulangan yg sama dgn apa yg diiklankan ini?

Baik, kita buat analisa.

Kata iklan ini;

“☑️ Dengan modal RM13,200 untuk tahun pertama, anda akan terima RM200K selepas 30 tahun! Hanya modal RM13,200 untuk tahun pertama SAHAJA!”

>>> Sebenarnya dgn modal RM13,200 dan biarkan selama 30 menjadi RM200K, pulangan purata tidak sampai pun 10% setahun iaitu hanya 9.48% setahun. Gunakan Financial Calculator utk kiraan. Rujuk gambar 2.

Gambar 2

Kata iklan ini lagi;

“☑️ Bayar RM1100 bulanan berterusan selama 30tahun dan anda akan menerima hampir RM2.1 juta pada hujung 30 tahun!”

>>> Pelaburan berterusan RM1,100 sebulan dlm masa 30 tahun utk dpt pulangan RM2.1 juta, sebenarnya “annualized return” hanya 9.8% setahun. Juga gunakan Financial Calculator utk kiraan.

ALTERNATIF utk dptkan pulangan sekitar 9.5% – 9.8% setahun, kita boleh gunakan UNIT TRUST sahaja TANPA perlu BERHUTANG. Rujuk gambar 3

Gambar 3

Maksudnya apa?

Maksudnya, tanpa berhutang kita boleh dptkan hasil yg sama asalkan sanggup keluarkan komitmen modal atau ansuran bulanan yg sama.

(1) Modal 13,200 diletakkan pada dana unit trust yg berikan pulangan tahunan 9.48% setahun, boleh menghasilkan pulangan RM200K, tanpa berhutang.

(2) Manakala dgn modal ansuran bulanan RM1,100 sebulan selama 30 tahun dalam dana unit trust yg berikan pulangan 9.8% setahun, boleh hasilkan pulangan RM2.1 Juta. Tanpa berhutang 🙂

Kenapa pilih utk memulakan pelaburan dengan cara berhutang, sedangkan ada cara yg boleh dibuat tanpa berhutang, dgn komitmen modal atau ansuran bulanan yg sama? Bukan trivago 🙂

“Tapi En Afyan, saya buat pinjaman ASBF / ASBL utk disiplin dan force-saving”. Silakan 🙂

Nota: Tidak sampai 10% pun unit trust yg merekodkan pulangan tahunan 9% dlm masa 5 ke 10 tahun.

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tanda aras POLITIK MATANG ialah: (1) Kita mampu utk mengkritik…