Mengimbau Kenangan Lama, Lakonan Sudirman

Tadi tertonton filem KAMI yang ditayangkan di TV2.

Mengimbau kenangan lama, filem tunggal lakonan Sudirman.

Tertarik beberapa maklumat menarik berkaitan kewangan.

  • Nasi dengan 3-4 jenis lauk RM1.70
  • Kaset pasar malam RM3.90
  • Upah cuci kereta RM0.50

Filem ini tahun 1982, dan sekarang tahun 2019, hampir 40 tahun.

Kalau bandingkan zaman sekarang, ini anggaran saya;

  • Nasi dengan 3-4 jenis lauk RM12 ke RM15
  • Kaset pasar malam RM10 (sekarang dah tak ada dah kaset ni. Kalau ada mungkin ini harganya)
  • Upah cuci kereta RM5

Berapa banyak inflasi tu? Kenaikan 150% ke lebih 1000% dalam masa 37 tahun.

Rindu tak zaman tersebut? Dari zaman PM ke-4 hingga zaman PM ke-7

Nampak murah kan tahun 1982 jika dibandingkan tahun 2019.

Tentu kita akan terfikir “murahnya zaman tu”.

Tapi tahukah anda, ketika tahun 1982, tak ada pun orang yang kata “murahnya zaman ni”, sebab mereka tak tahu apa yang akan berlaku 20-30 tahun lagi!

Hakikatnya, inflasi sentiasa ada tak kira sesiapa pun mentadbir negara.

Agak-agak, bagaimana harga nasi bungkus 37 tahun akan datang?

Kalau saya katakan ia akan berharga RM50 ke RM70 Tuan-Puan percaya tak? Dan 37 tahun akan datang akan ada yang mengeluh, “murahnya masa tahun 2019”.

Simpan status ini, kita buktikan sama-sama.

Kan saya datang dari masa depan? 😆

Kita tak mampu kawal inflasi, tapi kita boleh kawal bagaimana menguruskan kewangan kita.

Siapa tengok tadi? Kita geng.

(Kalau malam ini jatuhnya lailatul qadar, seolah-oleh menonton KAMI selama seribu bulan. Adeh..)

 

Sumber FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com