fbpx

Analisa Gaji Dan Perbelanjaan

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 229Words
  • 591Views

Analisa awal saya, rumah yang dibeli dengan ansuran RM1,600, berharga sekurang-kurangnya sekitar RM320,000 hingga RM390,000.

Harga tersebut bersamaan 6 tahun pendapatan beliau, yang mana ia bukanlah harga rumah yang sesuai dengan pendapatan.

Ansuran RM1600 sebulan itu mewakili 35% daripada pendapatan bulanan beliau. Dalam situasi ini, antara solusi yang boleh dilakukan ialah menambah pendapatan.

Sebaiknya, harga rumah adalah sekitar 3 ke 4 tahun pendapatan. Ukur baju di badan sendiri.

Layak tak semestinya mampu.

Solusi jangka pendek:

1. Potong beberapa perbelanjaan
2. Tambah pendapatan

Namun solusi ini hanya boleh sustain buat jangka masa pendek sahaja dan ada kemungkinan beliau tambah komitmen lain. Sebab, sedari awal allignment kewangan dah tak berapa betul.

Sepatutnya dari awal dah tahu apa yang akan berlaku apabila beli rumah. Jika gambaran kira-kira ini dilihat dari awal, sudah tentu kita tahu bahawa baki bulanan hanya tinggal RM800 untuk perkara-perkara lain seperti makan minum, anak-anak, nafkah peruntukan ibu bapa, maintain kereta dan sebagainya.

Dalam bajet ini simpanan langsung tak ada dalam perancangan berkala. Ini satu lagi menunjukkan beliau petanda allignment kewangan beliau sudah betul.

Jadi, untuk solusi jangka masa panjang memerlukan

1. Kena mulakan dengan matlamat dan mindset kewangan yang betul.
2. Ovehaul balik perancangan kewangan secara menyeluruh dengan fokus kepada aliran tunai dan nilai aset bersih.

Sebahagiannya saya ada kongsikan dalam Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW yang mengandungi 7 modul kewangan secara tersusun

BukuBMW.com
BukuBMW.com
BukuBMW.com

UPDATE: di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau tanya pada geng forex & geng yg anti perbankan,…