fbpx

Merancang Dana Pendidikan Anak

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 226Words
  • 686Views

Tip RM | Merancang Dana Pendidikan Anak

Dianggarkan kos purata untuk mendapatkan pendidikan ijazah di universiti tempatan sekitar RM50,000.

Jumlah itu akan menjadi beberapa kali ganda sekiranya ijazah di universiti luar negara.

Andaikan, anda mempunya anak yang baru dilahirkan dan berhasrat untuk hantar ke universiti pada 18 tahun akan datang, berikut adalah perancangan yang boleh dilakukan;

  1. Kos hari ini RM50,000 dijangka akan menjadi RM100,000 ketika usia anak anda 18 tahun. Ini dengan andaian inflasi 4%
  2. Jadi, anda perlu lakukan tabungan dengan menyasarkan jumlah masa hadapan iaitu RM100,000 dalam masa 18 tahun.
  3. Untuk mendapat jumlah RM100,000, sekurang-kurangnya anda perlu membuat simpanan RM300 sebulan secara berkala & konsisten pada instrumen yang boleh memberi pulangan 6% setahun.
  4. Antara instrumen yang boleh digunakan ialah ASB, Tabung Haji, SSPN ( boleh buka akaun di sini ), AHB – ia instrumen yang selamat, patuh syariah dan boleh berikan pulangan secara konsisten.
  5. Boleh juga gunakan instrumen pelaburan alternatif lain yang boleh menjana pulangan lebih tinggi, tapi mempunyai risiko tersendiri.
  6. Instrumen pelaburan alternatif lain tersebut ialah unit amanah, saham, hartanah, emas dan lain-lain jenis pelaburan.
  7. Berbalik kepada step no 3, RM300 sebulan sekiranya seorang anak. Jumlah itu akan menjadi lebih banyak jika anak lebih ramai. Jika 3 – 4 orang anak contohnya, sekurang-kurangnya RM900 ke RM1,200 sebulan untuk mengumpulkan dana pendidikan ini.

Nota: Strategi ini tidak sesuai sekiranya anda sekarang menggunakan degree palsu dan merancang perkara sama kepada anak-anak.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini berkenaan persiapan perlindungan buat keluarga. Sila ke FB…