fbpx

Analisa untung bersih emas jika untung 20% setahun selepas tolak zakat dan spread

  • 10 months ago
  • 1Minute
  • 137Words
  • 477Views

Kenaikan harga emas sekitar 20% tahun ini. Untung bersih atas kertas selepas tolak zakat 2.5% & spread 9% ialah 6.2%. Kiralah…

Huraian di bawah:

Kiraan untuk zakat di atas apabila cukup syarat haul dan nisab. Sebab itu ditulis “Kenaikan harga emas 20% TAHUN INI” merujuk kepada emas yang dah dimiliki selama setahun.

Spread emas 9% tidaklah terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Ada yang serendah 3%, dan boleh mencecah setinhhin30%. Yang tinggi spread selalunya barang kemas.

Ini hanya kiraan keuntungan atas kertas, belum direalisasikan.

Boleh buat kiraan sendiri dengan andaian di atas.

Ini pula simulasi dengan emas yang bernilai RM100,000 setahun lalu.

Selepas setahun, dengan kenaikan 20% maka nilai sekarang ialah RM120,000

Zakat 2.5% = 3,000

Spread emas 9% = RM10,800

Jadi 120,000 – 10,800 – 3,000 = 106,200

Untung bersih atas kertas RM6,200 daripada nilai pelaburan asal RM100,000

Ia bersamaan 6.2%

Berul tak kiraan saya? Kalau ada salah, betulkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Harta sepencarian boleh wujud dalam 3 keadaan: 1) Harta yang…