fbpx

“Cara Paling Mudah & Cepat Bagi Orang Muda Terutama Graduan Untuk Beli Rumah Ialah Jangan Beli Kereta Lagi.

“Cara paling mudah & cepat bagi orang muda terutama graduan utk beli rumah ialah jangan beli kereta lagi.

Bajet utk kereta (installment, petrol, maintenance dll) simpan utk buat deposit beli rumah.

SETUJU? ADA BRAN?”

Ini huraiannya, berdasarkan kisah sebenar dari peserta program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW

Fresh graduate, gaji RM2,500 sebulan, tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.

Beli kereta Brand H atau Brand T dengan harga RM70,000 ke RM80,000, installment RM700-RM800. ‬

Kos di atas jika kita simpan bersamaan RM8,400 minima.

‪Kos bulanan lain: Petrol RM300-RM400, parking RM50-RM100, tol (tak mansuh lagi) RM50, car wash RM30, aksesori dll

Sebulan minima RM430. Setahun jika kita simpan RM5,160

‪Kos suku tahunan: Maintenance, allignment, balancing, bercuti / balik kampung: Anggaran RM600 ke RM1000‬

‪Kos suku tahunan tadi kita kita simpan minima RM600, setahun RM2,400.

Jika campur lagi kos tahunan pula: Takaful kenderaan & roadtax RM2000, kos percutian tahunan untuk petrol & tol dan sebagainya anggaran RM1000.

Anggaran kos tahunan ini, jika kita simpan RM3000 setahun.

Ada juga beberapa kos yang dwi-tahunan kita keluarkan seperti tukar tayar, brake & bateri kira-kira RM2400-RM3000, major service seperti timing belt, aircond dll anggaran RM2000 ke RM2,500.

Kos dwi-tahunan ini jika disimpan bersamaan minima RM2,200 setahun.

Cuba campurkan jumlah yang disimpan di atas JIKA tak beli kereta?

Minima RM21,160!!!!!!!

Andaikan graduan tadi hanya beli motosikal yang berharga RM5,000 dan kos petrol serta maintenance lain sebulan RM200, maka total tahun pertama RM7,400 dan tahun-tahun seterusnya RM2400 sahaja.

Kemudian korbankan cuti daripada melancong pula. Balik kampung naik bas express atau keretapi.

Bermakna boleh simpan RM13,760 pada tahun pertama dan tahun kedua dan seterusnya RM18,760

Taknak pakai motor, sebab takut kemalangan?

Cari alternatif lain, antaranya;

  •  guna kenderaan awam.
  • cari rumah dan pejabat yang dekat dengan stesen LRT atau MRT.
  • bolej juga cari kerja yang dekat dengan rumah,
  • atau cari rumah yang dekat dengan pejabat

Jika di kawasan luar bandar, mungkin kurang kenderaan awam dan MUNGKIN terpaksa beli kenderaan, maka belilah kenderaan yang paaaaaaaaaaling murah.

Boleh beli kancil second hand yang berharga bawah RM5,000. Kos maintenance mungkin sedikit tinggi tapi jimat kos installment. Luar bandar, dapat jimat kos parking dan tol.

Ok la untuk awal-awal pakai kereta buruk. Malu apa bosskuuuu????

“Malu laaaa… Apa baaaarang fresh graduate beli kereta second hand?”

“Apa barrrang ada degree tapi pergi kerja naik LRT, MRT?”

“Nanti apa kata kawan ofis kan? Nanti apa kata budak pejabat ofis boy yang gaji lagi sikit tapi dah pakai kereta H atau T?”

“Nanti balik kampung takkan nak naik bas je? Banti apa kata mak ayah? Apa kata makcik pakcing? Pak Long kata apa? Mak Ngah kata apa? Apa kata makcik bawang?”

Nak pakai kereta baru yang berharga RM60,00 ke RM70,000 dengan kos bulanan termasuk maintenance hampir cecah RM2,000?

Belilah, bukan duit saya!

Hoho!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Sampai sekarang menyesal beli kereta Kancil (jeee pun) baru lepas grad dulu.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com