fbpx

Analogi Mudah Perbezaan Takaful dan Insurans

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 372Words
  • 536Views

Ini jawapan saya kepada rakan yang bertanya dan masih keliru tentang perbezaan takaful dan insurans.

Katanya nampak sama sahaja kedua-duanya sebab kedua-duanya ada bayaran tertentu dan ada coverage tertentu. Jadi apa bezanya? Takkan beza hanya semata aqad dan istilah?

Dalam tulisan sebelum ini, saya menggunakan beberapa analogi untuk pemahaman tentang peri pentingnya kontrak yang memberi implikasi syariah, namun masih ramai juga yang masih keliru.

“Alhamdulillah, Allah kurniakan ilham untuk memberikan contoh analogi yang lebih mudah difahami.

Ini respon saya;

“Ia seumpama begini.

Satu masjid buat khairat kematian.

Setiap ahli qaryah buat sumbangan RM100 setahun dalam tabung khairat kematian.

Dan dalam persetujuan sesama ahli qaryah, mana-mana peserta yang meninggal dunia akan diberikan RM1,000.

Itu konsep asasnya.

Sumbangan tersebut ialah sumbangan khairat untuk tujuan membantu sesama peserta.

Dalam konteks ini, para peserta bersetuju untuk berkongsi risiko dan ia juga diaplikasikan oleh syarikat takaful. Jika khairat kematian masjid tadi, AJK Masjid sebagai pengendali tabung khairat manakala dalam industri takaful, syarikat takaful sebagai PENGENDALI TABUNG RISIKO.

Berbeza dengan industri insurans konvensional, syarikat sebagai PENANGGUNG RISIKO. Pelanggan membayar caruman dan jaminan diberikan oleh syarikat.

Kontrak berbeza memberi implikasi berbeza.

—–

Ini pula analogi lain dgn diberikan 2 contoh situasi ;

Situasi A:

Hubungan kelamin lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan pernikahan – haram.

Situasi B:

Hubungan kelamin lelaki dan wanita selepas berlakunya aqad (kontrak) pernikahan, ia jadi halal.

Kedua-dua situasi di atas ada persamaan iaitu hubungan kelamin yg kemudian menghasilkan zuriat.

Tapi situasi pertama memberi implikasi haram apabila berlaku hubungan kelamin dan zuriat yg lahir pun akan jadi zuriat haram @ anak luar nikah.

Aqad nikah itulah kontrak dan ia mempunyai syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

Sama macam beza takaful dan insurans. Hasilnya sama iaitu coverage tapi proses mendapatkan hasil pula berbeza.

Hubungan kelamin >menghasilkan> zuriat.
– ada aqad nikah = halal
– tak ada aqad nikah atau aqad suka sama suka = haram

Sama seperti;
Takaful / insurans >menghasilkan> coverage
– takaful guna aqad tabarruk = halal
– insurans guna aqad jual beli = haram.”

Errr… Faham tak saya tulis panjang-panjang ni?

Seorang rakan yang membaca respon saya di atas dalam posting sebelum ini, mengatakan bahawa analogi perkahwinan itu nampak lebih jelas betapa pentingnya kontrak.

Apa pandangan rakan-rakan?

Afyan Mat Rawi
Ejen Takaful Cabuk

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam sesetengah situasi, soalan yang dijawab dengan soalan lebih mudah…