Antara maruah dan persepsi masyarakat

  • 1Minute
  • 134Words
  • 8Views

Ada yang mencadangkan agar dibuka tabung derma untuk membantu keluarga balu menampung kos guaman yang sedang mereka hadapi.

Saya panjangkan cadangan itu kepada keluarga balu, namun mereka rasa serba salah.

Antara kerisauan utama ialah, jika kes mereka menang nanti dan menerima manfaat hibah, mungkin akan timbul pula suara-suara sumbang yang mempertikai.

Kononnya mereka dah dapat duit sumbangan, lepas tu dapat pula duit hibah.

Bimbang orang anggap mereka “untung dua kali”.

Sedangkan hakikatnya, lima tahun mereka bertarung di mahkamah. Duit habis ratus ribu, masa dan emosi juga tergadai.

Sekarang mereka terpaksa pertimbang bukan sahaja soal undang-undang, tetapi juga soal persepsi masyarakat.

Apa pandangan rakan-rakan? Adakah wajar kita bantu?

Adakah wajar mereka tolak hanya kerana takut orang mengata?

Atau kita teruskan juga atas dasar solidariti dan ihsan?

Sila kongsikan pandangan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Tidak kira apa sahaja pengumuman nanti, pastinya yang sebelum ini…