fbpx

Apa Implikasi Apabila Menganggap Bahawa Pelaburan Dan Perniagaan Adalah 2 Perkara Yang Sama?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 237Words
  • 357Views

Apa implikasi apabila seseorang memahami perniagaan dan pelaburan adalah perkara sama?

1. Dia akan menganggap bahawa untung 10%-20% setahun daripada pelaburan adalah kecil.

2. Kerana dia membandingkan dgn perniagaan karipap yg boleh menjana untung 10,000% setahun.

3. Walhal, kedua-dua perniagaan dan pelaburan adalah berbeza cara seseorang beroleh keuntungan.

4. Untung 10% – 20% daripada pelaburan diperolehi secara pasif manakala untung berniaga karipap sehingga 10,000% diperolehi secara aktif.

5. Maknanya, utk untung 10% – 20% setahun daripada pelaburan seseorang tidak perlu hari-hari bekerja keras.

6. Manakala utk untung 10,000% setahun daripada perniagaan, dia perlu bekerja keras bangun pagi beli bahan mentah dan masak karipap sebelum dijual setiap hari.

7. Jadi berpadanan dan berbaloi utk untung 10%-20% setahun daripada pelaburan yg tidak bekerja keras.

8. Sama berbaloi seseorang yg bekerja keras bangun pagi beli bahan mentah dan masak karipap sebelum dijual setiap hari utk untung 10,000%.

9. Tapi apabila seseorang mengatakan tidak berbaloi pelaburan dgn untung 10%-20% berbanding berniaga karipap, ini yg jadi masalah.

10. Mentaliti inilah yg menyebabkan org mudah terpengaruh menyertai skim-skim mengarut too good to be true apabila diberikan keuntungan 10%-20% SEBULAN!

11. Kerana bagi mereka, untung Tabung Haji dan ASB sekitar 6% – 8% setahun adalah tidak berbaloi.

12. Selalunya mentaliti ini dtg dari orang makan gaji yg menganggap org yg berniaga mengaut keuntungan besar.

13. Jadi golongan sebegini akan mudah terjerumus dlm skim-skim mengarut too good to be true.

14. Akhirnya, tersontot. Tak percaya? Cuba cari mana skim pelaburan yg boleh bagi jaminan untung 10% – 20 % sebulan yg kekal melebihi 10 tahun? TIADA. YILLEK.

Cepat klik:
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Serba salah saya hendak umumkan perkara ini di FB. Cadangan…