Penamaan KWSP Boleh Terbatal | PUSAKA

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:104Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Seawal jam 7.00 pagi menerima panggil daripada seorang sahabat bertanyakan berkenaan KWSP

SITUASI :

ALI telah membuat penama kepada hartanya KWSP. Penama KWSP adalah ABU. Selepas dua bulan ABU telah meninggal dunia sebelum ALI .

Setahun kemudian ALI pula meninggal dunia dan penama iaitu ABU masih kekal menjadi penama pada harta tersebut.

PERSOALAN PERTAMA:-
Adakah masih valid penama yang mati awal sebelum pemilik harta jika pemilik harta tidak membuat pertukaran penama sehingga pemilik harta meninggal ?

Jawapannya adalah tidak valid penama yang mati terdahulu sebelum pemilik harta KWSP

PERSOALAN KEDUA:-

Bagaimana pengurusan harta yang dibuat penama sekiranya penama mati terdahulu sebelum simati ?

Penama KWSP pada harta tersebut akan terbatal dan harta tersebut akan di tadbir menggunakan Surat Kuasa Mentadbir (SKM).

PERSOALAN KETIGA :-

Dimanakah untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir?
Surat Kuasa Mentadbir boleh di dapati di salah satu daripada tiga tempat iaitu

(a) Amanah Raya Berhad
(b) Pejabat Pusaka Kecil
(c) Mahkamah Tinggi Sivil

Untuk makluman Amanah Raya Berhad boleh menjadi pempetisyen @ pemohon untuk kedua-dua tempat (Pejabat Pusaka Kecil /Mahkamah Tinggi) pengeluar Surat Kuasa Mentadbir

PERSOALAN KE EMPAT :-

Apakah solusi yang dicadangkan bagi mengekalkan penama dan tidak perlu menukar setiap kali penama meninggal terdahulu sebelum pemilik harta?

Bermula Januari 2018 KWSP telah memasukkan dan membenarkan pencarum untuk melantik Amanah Raya Berhad(ARB) (satu satunya syarikat peramanahan yang dibenarkan oleh KWSP) untuk menjadi:

i) Penama kepada simpanan KWSP Ahli; dan/atau

ii) Pemegang Amanah kepada Penama Kecil yang dilantik oleh Ahli bagi simpanan di KWSP.

Pencarum KWSP boleh ke kaunter KWSP untuk melantik Amanah Raya Berhad sebagai penama .

Apakah kelebihan melantik Amanah Raya Berhad sebagai Penama?

Kelebihan melantik penama Amanah Raya Berhad :-

1) Duit kwsp dapat dibahagikan kepada semua waris faraid

2) Tiada isu salah guna terhadap duit simati

3) Tiada isu makan duit haram

4) Perbalahan dan perebutan duit KWSP dikalangan waris faraid dapat dielakkan

5) Amanah Raya Berhad adalah syarikat berkecuali dan tiada kepentingan kepada waris waris faraid .

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Tak sampai setahun lepas, kereta saya pernah tersadai selama sebulan…