Apakah Hukum Menyertai Perniagaan Yang Mempromosi Agama Lain? (Updated 13 Jan 2022)

  • Reading:4Minute:s
  • PostView Count:400Views

Apakah hukum menyertai perniagaan yang mempromosi agama lain?

A. Jabatan Mufti

1. Jabatan Mufti Negeri Selangor

“Hukum menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak adalah harus. Bagaimanapun apabila diketahui suatu perniagaan itu mempunyai hubungkait dengan penyaluran dana dalam usaha-usaha penyebaran agama Kristian, maka terdapat unsur shubhah di situ. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama Kristian adalah dilarang.”

Boleh rujuk di sini

2. Jabatan Mufti Negeri Perak

“Sebarang bentuk transaksi dengan orang Kafir adalah harus selama mana ia tidak bertujuan untuk memerangi umat Islam.

Jika terbukti bahawa terdapat unsur-unsur memerangi sama ada dari sudut ancaman, ketenteraan termasuk yang berkaitan dengan perkara akidah, hukum syarak mahupun akhlak maka wajib mengelakkan diri dari sebarang urusan transaksi dengan mereka.”

Rujuk posting di sini

3. Mufti Negeri Kelantan

“Islam mengharuskan bermuamalat dengan sesiapa sahaja termasuklah masyarakat bukan Islam dalam menjalankan perniagaan yang halal selagi mana perkongsian itu tidak memudaratkan Islam atau terdapat unsur-unsur syubhah sehingga boleh mengancam Islam”

4. Mufti Pahang

“Setelah kami menghalusi pandangan para ulama dan sebahagian dalil, jabatan ini berpandangan HARAM hukumnya jika orang Islam terlibat dalam urusan muamalat bagi mengukuhkan institusi gereja atau rumah ibadat agama lain, sebagaimana yang dipegang oleh majoriti ulama.”

5. Mufti Wilayah Persekutuan

Rujuk di sini

“Sebagai kesimpulannya, para ulama telah bersepakat tentang keharusan orang Islam melakukan urusan muamalat seperti sewa, jual beli, memberi dan menerima upah dari orang bukan Islam dan lain-lain kecuali dalam perkara yang dilarang syarak seperti perkara melibatkan arak dan khinzir atau seumpama dengannya.

Oleh itu, hukumnya adalah haram bagi orang Islam untuk melibatkan diri dalam urusniaga dengan orang bukan Islam yang diketahuinya secara jelas akan menyumbang kepada syiar, pengembangan atau mempromosi agama lain.

Tambahan lagi, konteks semasa di Malaysia masih terdapat alternatif-alternatif lain yang boleh dipilih umat Islam untuk mencari sumber pendapatan dan seterusnya terhindar dari perkara menyumbang kepada menegakkan syiar agama lain.”

6. Mufti Melaka

Dalam surat yang dihantar kepada saya, Jabatan Mufti Melaka minta rujuk kepada Jabatan Mufti Selangor.

Jabatan Mufti Selangor telah memutuskan ia haram. Rujuk nombor 1.

7. Mufti Terengganu

B. Tokoh-tokoh agama

1. Dr. Abdul Rahman A.Shukor

  • Penasihat Syariah Institusi Kewangan Malaysia

Beliau membidas penerangan yang diberikan oleh Ustaz Hadi (Penasihat Syariah Group DTA yg mengharuskan Atomy), yang beliau namakan sebagai Ustaz ABC.

“Kelihatan Ustaz ABC hanya fokus kepada jual beli.
Namun janganlah menutup mata terhadap Agenda Kristianisasi dan Misionari Kristian yang dilakukan oleh Atomy.

Kita sebagai orang Islam perlu memberi sumbangan kepada Islam dengan kemampuan kita. Tetapi jangan kita terjerumus dengan bisnes yang mendukung Agenda Kristianisasi dan Misionari Kristian.”

Rujuk posting asal di sini.

2. Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah

  • Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Universiti Malaya,
  • Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam,
  • Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan

“Sebenarnya saya agak kurang faham, apabila memang jelas ada isu hukum, sekurang-kurangnya syubhah, iaitu mendokong dan menyokong bisnes yang ada kaitan dengan kristianisasi, dan ada nasihat daripada pihak mufti supaya elakkan daripada terlibat, masih lagi nak tunggu fatwa.”

Rujuk posting asal di sini

3. Profesor Madya Dr. Ustaz Rozaimi Ramle

  • Ketua Jabatan (Jabatan Pengajian Islam), Universiti Pendidikan Sultan Idris)
  • Ahli Majlis Fatwa Perlis

Penerangan diberi melalui video. Hukum asal adalah harus tapi apabila jelas syarikat memberi sumbangan kepada kegiatan Kristianisasi, ia jadi berbeza

Rujuk posting asal di sini

4. Dr. Zaharuddin Abd Rahman

  • Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam
  • AJK Fatwa Negeri Perlis

Dalam satu forum yang menampilkan Dr Zaharuddin dengan Dr Tengku Asmadi, beliau beberapa kali menegaskan bahawa apa yang menyokong ke arah kesyirikan Allah, adalah tidak dibenarkan.

Rujuk posting asal di sini

5. Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin

  • Pensyarah Kanan & Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Infustri Halal, ACIS UiTM
  • AJK Fatwa Kedah
  • AJK Fatwa Pulau Pinang

“..telah jelas fakta bahawa motif, ma’alaat dan maqasid penubuhannya untuk khidmat keagamaan atau berbasiskan Kristiani, berbanding motif perniagaan biasa. Menjual produk² ATOMY yang halal kandungannya adalah zari’ah kepada keuntungan tahunan syarikat yang memang mengabdikan kewujudannya untuk kerja² Kristianisasi.

Justeru, berkerja untuk ATOMY berbeza hukumnya seorang muslim berkerja di syarikat bukan Islam yg motifnya hanya profit making. Pada saya, lebih baik tidak berta’awun dengan syarikat yang jelas² bermotifkan Kristiani dan tidak memperkudakan slogan “Halalan Tayyiban” atau “Kami Juga Membayar Zakat”.

Rujuk posting asal di sini

Siapa yang mengatahkan harus bermuamalat dengan Atomy?

  1. Ustaz Dr Nur Mohammad Hadi
  2. Ahli-ahli Atomy

Rujuk: Resolusi Muzakarah dalaman Group DTA

Jika ada lagi yang tertinggal, boleh kongsikan.

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Adakah simpanan kita cukup untuk masa akan datang? Tindakan. Ada…