Apakah itu “BIL AJAIB”?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:98Views

Dipetik dari Elen Nia

Apakah itu BIL AJAIB?

Setiap bulan, kita akan dapat income. Melalui income inilah kita mampu membayar bil-bil bulanan seperti bil api, air, yuran & belanja sekolah anak2, loan kereta, loan rumah dan sebagainya.

Semua ini kita mampu tanggung selagi kita mampu bekerja. Tapi, setiap kali kita keluar bekerja kita tak dapat lari terdedah dengan risiko seperti

  • 1. Meninggal dunia atas semua sebab bila ajal
  • 2. Hilang upaya kekal
  • 3. Sakit kritikal (cth : kanser, strok, sakit jantung)

Risiko ini lah yang akan membuatkan kita hilang punca pendapatan disebabkan kita dibuang kerja akibat hilang upaya atau sakit kritikal.

Kesannya, kita tidak mampu menampung perbelanjaan bil-bil bulanan sedia ada.

Sedangkan, jika sesuatu musibah berlaku kepada kita semua komitmen lain masih berterusan.

Di sini lah pentingnya BIL AJAIB.

Bil yang akan membayar segala bil-bil bulanan sedia ada apabila kita tidak mampu membayarnya.

Ini lah satu-satunya bil yang akan membayar bil kita, andai kita meninggal dunia, lumpuh kekal atau sakit kritikal.

Ini juga bil yang setia menjaga komitmen kita yang lain, yang masih berterusan walaupun pada ketika itu kita sudah tidak berkemampuan lagi.

Bil ajaib itu adalah sumbangan TAKAFUL anda.

Di sini lah pentingnya kita mengasingkan 5-10% daripada income untuk bil ajaib.

Hal ini dapat memastikan waris yang hidup dapat menanggung komitmen bulanan sedia ada untuk meneruskan kehidupan keluarga jika ketiadaan kita atau kita ditimpa musibah.

Sertai lah ketika kita sihat dan mampu.

Survey takaful jangan lama-lama sangat, sebab kita kena ingat dua perkara ;

  • 1. Sakit ambil masa untuk berkembang, tapi dia muncul secara tiba-tiba.
  • 2. Waiting Period. Takaful ada tempoh menunggu & bertenang sebelum boleh digunakan.

Baca, ambil tahu, fahamkan dan terus usaha untuk mencarum Takaful segera.

“Sometimes it’s the smallest decisions that can change your life forever”.

Elen Nia

INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Munyati Awanis https://www.facebook.com/afyan.ifp/posts/pfbid0Ajc7LYWBeaiiRGWfHQSLGKsFwFM59RZypCcCw5Y7xsufD7yjHBwGBF2b6ZZzdhUYl Sedekah secara konsisten dan…