Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?

  • Reading:4Minute:s
  • PostView Count:394Views

Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?

Kenaikan OPR akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekaligus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank.

1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau

2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.

Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti

– hutang ASB

– hutang perumahan

– sesetengah hutang kereta

– sesetengah hutang personal financing

Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti

– hutang “personal financing” / “personal loan”

– hutang kereta

– sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA

(Hutang PTPTN, hutang court mamoth, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)

Ia terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata “kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik”

Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran. Ia akan ada kadar siling.

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!!

Apapun hidup tanpa hutang adalah lebih tenang. Tidak kira hutang dengan perbankan Islam atau konvensional.

Lagi kurang hutang, lagi bertenang.

Afyan Mat Rawi, IFP

UPDATE: Selepas posting di atas, ramai yang kurang faham apa maksudnya jumlah bayaran hutang dalam perbankan Islam tak berubah, walaupun OPR berubah.

Maksudnya begini; bayaran hutang yang termaktub dalam kontrak perbankan Islam tak berubah. Ia ditulis secara jelas dan bayaran balik takkan lebih jumlah yang ditulis.

Berbanding bank konvensional, hanya nyatakan kadar sahaja tanpa jumlah bayaran balik hutang. Berapa jumlah bayaran balik? Tidak dinyatakan dalam kontrak dan ia 100% bergantung kepada naik turun OPR.

Tengok balik dalam kontrak perbankan Islam, berapa harga jualan atau bayaran balik hutang.

Contohnya rumah yang harga RM200,000, harga jualan bank / hutang RM500,000

Harga jualan bank atau hutang RM500K tersebut, takkan lebih.

Yang berbeza ialah bayaran ansuran bulanan.

Contohnya ada bulan kena bayar RM1000. Ada bulan kena bayar RM1100. Ada bulan kena bayar RM900. Bergantung kpd kadar OPR semasa. Jumlah tadi sekadar contoh.

Untuk memahami konteks harga jual tu, rujuk posting ni di sini

Berbeza dengan hutang konvensional, takkan ada harga jualan balik atau total hutang yang pengguna akan bayar sepanjang tempoh pinjaman.

Ia 100% bergantung kpd OPR dan jika OPR berterusan naik, ada kemungkinan bayaran lebih tinggi daripada RM500K tadi.

Apapun, hidup tanpa hutang adalah lebih tenang dan tenteram. Lagi kurang hutang, lagi tenteram hidup ini. Tak kira la hutang bank atau hutang kawan. Jauhkan sama sekali hutang dengan perbankan konvensional.

Nota: Walaupun OPR naik, tapi pakej E-learning Seminar Bijak Merancang #eSeminarBMW masih maintain murah dan mudah didapati.

Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #eSeminarBMW. PROMOSI RAMADHAN EXTEND KE SYAWAL hanya RM29 sahaja!!! Lite.seminarbmw.com

Apa yang anda dapat dengan yuran kepandaian RM29?

E-learning Seminar Bijak Merancang Wang

  • 1. Pakej video 17 siri Bijak Merancang Wang dengan durasi 2 jam setengah.
  • 2. Ebook BMW edisi KEMASKINI. 180+ muka surat.
  • 3. Ebook PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! 150+ muka surat.
  • 4. Sertai group khas pembeli #eSeminarBMW
  • 5. Live video Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW dengan durasi 3 jam
  • 6. E-workbook Bijak Merancang Wang #BMW2s
  • 7. Peluang menjadi ejen affiliate #eSeminarBMW

Ok tak kalau semua ini dgn harga RM29?

Produk yang sama, biasanya berharga RM59 ke RM99, tapi untuk promosi ini hanya RM29 sahaja.

Lite.seminarbmw.com
Lite.seminarbmw.com
Lite.seminarbmw.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

3 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila kadar OPR naik, pastikan anda buat bayaran lebih sekalipun…