fbpx

Aset Tabung Haji dijual : Ustaz Ahmad Dusuki menarik balik rayuan saman ke atas Dr Mujahid ?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 498Words
  • 617Views

Hari ini tular tular berita bahawa Ustaz Ahmad Dusuki menarik balik rayuan saman ke atas Dr Mujahid berhubung dakwaan aset Tabung Haji dijual.

Ia mengesakan apa yang ditulis sejak 2019 lalu.

Baca di sini atau boleh lihat keratan-keratan screenshoot di bawah

Dari dulu saya tegaskan bahawa kenyataan “Tabung Haji dikuasai oleh orang kafir” adalah tidak benar.

Ia merupakan tuduhan palsu, jahat dan fitnah. Inilah bahana mainan politik persepsi yg melampau.

Tidak dinafikan isu penjualan aset kepada pihak ketiga, tapi itu bukanlah alasan untuk kita katakan bahawa Tabung Haji dikuasai oleh orang kafir.

Mengatakan TH dikuasai oleh orang kafir disebabkan jual aset kepada syarikat yang berada di bawah Kementerian Kewangan yang dipegang oleh orang kafir (Lim Guan Eng) tidaklah menjadikan TH dimiliki oleh orang kafir.

Kalau buat kesimpulan macam tu, kenapa tak kata sekali Bank Islam, Bank Muamalat, syarikat takaful dikuasai oleh orang kafir? Semua tu bawah kementerian LGE ketika itu.

Analogi mudah macam ni; sebuah masjid jual besi buruk kepada apek pembeli besi buruk. Adakah masjid tersebut jadi milik orang kafir si apek tersebut?

Saya tak nafikan kritikan-kritikan tentang tadbir urus TH. Malah cadangan RCI utk siasat, sangat dialu-alukan.

Apa yang saya bawakan ialah isu persepsi “TH dikuasai oleh orang kafir” yang ia adalah tuduhan jahat. Tak sepatutnya ia dimainkan oleh pejuang Islam.

Berjuang, tak perlu sampai mengfitnah. Musuh mengfitnah kita tuduhan RM90 juta? Bukan alasan untuk kita fitnah balik.

Politik persepsi ini memang mainan orang politik tidak kira parti. Sejak dari zaman BN, masuk zaman PH dan sekarang di zaman PN.

Kita rakyat, janganlah terikut sangat rentak ahli politik, tidak kira parti mana. Tiada parti sempurna. Mereka ada mulut dan perut hendak dijaga. Jika tak dapat dijaga dengan hujah dan logik, mereka akan bawa dengan persepsi.

Ia berlaku tidak kira parti mana, baik pembangkang atau kerajaan mahupun yang tengah berkira-kira nak masuk pembangkang atau kerajaan.

Banyak ahli politik bukan ada prinsip sangat pun. Mereka nak penyokong yang taksub supaya tak pertikaikan apa mereka lakukan dan jaga periuk nasi mereka.

Sebab itu kebanyakan mereka tak kisah nak lompat ke kem mana, yang penting periuk nasi mereka terjaga.

Saya dah lama malas menulis pasal politik. Tapi perkembangan terbaru, saya gagahkan diri. Kebetulan, isu ini melibatkan seorang tokoh politik yang selalu dijadikan sandaran oleh geng-geng forex.

Masa saya tulis artikel ini dulu, ramai juga rakan-rakan saya tak setuju. Nah, sekarang nak kata apa lagi?

Sori, saya bukan langau yang mencari bangkai. Saya tak cari makan dengan politik. Dan saya juga tak pernah mengaku saya neutral. Yang follow lama, akan tau kecenderungan politik saya.

Kecenderungan politik bukan halangan untuk saya suarakan teguran secara terbuka begini. Kita berpolitik secara matang, bukan secara bangang.

Politik matang, kita kritik kesalahan tidak kira parti kita atau parti lawan.

Tapi politik bangang, hanya kritik parti lawan tapi parti sendiri didiamkan. .

Saya mengambil risiko menulis tentang politik sebegini, akan ada rakan-rakan tak setuju dan followers lari.

Dan macai politik takkan setuju dengan pendekatan saya ini. Tengok nanti di ruangan komen. Muahahaha….

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi tertonton sebuah video ceramah oleh Prof Madya Dr Rofa…