fbpx

What if…. Semua rakyat Malaysia menerima bantuan sara hidup RM6,000 sebulan?

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 445Words
  • 447Views

What if…. .

Tiba-tiba Kerajaan Madani umumkan semua rakyat Malaysia mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM 6,000 setiap bulan, bermula hari ini dan akan dapat setiap bulan.

Esok pagi-pagi, semua orang mula melayari internet banking masing-masing untuk memeriksa akaun. Terkejut bukan kepalang melihat baki akaun mereka bertambah sebanyak RM 6,000.

Rakyat pun mula merancang bagaimana wang ini akan digunakan. Ada yang ingin menabung untuk masa depan, sementara yang lain merancang untuk melabur atau membantu keluarga. Ada juga yang bercadang menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan.

Selepas semak wang dalam akaun, kita beritahu kepada isteri untuk berikan nafkah lebih bulan ni. Tapi isteri kata tak perlu, sebab dia pun dapat duit RM6,000 bantuan sara hidup.

Kita pun menghubungi emak di kampung, untuk transfer duit lebih bulan ni. Tapi emak memberitahu tak perlu, karena emak juga mendapat bantuan RM 6,000 sebulan.

Kita keluar rumah untuk pergi menyelesaikan urusan. Keluar rumah, baru hendak menghidupkan kereta Myvi, tetapi kereta rosak.

Terus terlintas untuk menukar kereta baru. Bagaimanapun, perlu ada kereta sedia ada untuk ke sana. Kita menghubungi tuan kereta sewa untuk menyewa kereta.

“Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staf cuti. Mereka sudah menerima elaun BSH RM 6,000.”

Kita terpaksa mencari aplikasi Grab untuk mencari kereta. Ternyata tiada yang tersedia kerana semua driver Grab bercuti hari ini.

Kita mula berjalan kaki untuk mencari teksi. Tetapi, tak ada teksi kerana semua pemandu teksi sudah menerima bantuan BSH RM 6,000.

Kita berjalan ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai kaunter sedang cuti.

Mesin ATM habis duit kerana kita agak lewat, dan tiada penghantaran wang kerana mereka yang berkhidmat dengan keselamatan juga sedang cuti.

Kita buntu dan cuba berjalan ke kedai mamak terdekat untuk minum teh ais bagi menghilangkan tekanan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerja telah menerima bantuan RM 6,000.

Kita masuk ke kedai 24 jam, 7 Eleven. Bagi kali pertama, 7 Eleven juga tutup kerana semua pekerja telah menerima duit RM 6,000.

Banyak stesen minyak yang tutup kerana bekalan minyak terputus akibat pemandu lori minyak juga berhenti kerja.

Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas kerana semua polis trafik juga telah menerima bantuan.

Jadi, apa yang berlaku seterusnya?

Situasi ini membawa perubahan yang tidak dijangka. Harga barang dan perkhidmatan mula naik, menyebabkan ramai orang berpendapat bantuan ini mungkin tidak mencukupi untuk menghadapi kos hidup yang lebih tinggi.

Tambahan pula, beberapa pekerja mungkin memilih untuk bekerja separuh masa atau malah tidak bekerja langsung, disebabkan bantuan ini sudah mencukupi untuk menampung keperluan harian mereka. Ini boleh menyebabkan masalah kekurangan tenaga kerja dalam beberapa industri.

Tiba-tiba terdengar suara;

“Wei, bangunlah. Apa benda la membuta sampai ke petang!”

Kita pun terkuat-kulat bangun daripada tidur….

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hari ini tular tular berita bahawa Ustaz Ahmad Dusuki menarik…